Page 114 - SP2021
P. 114
MALU YANG TIDAK BERTEMPAT
pelajaran sains bergegas keluar dari bilik darjah menandakan tamatnya waktu sekolah. Jalan raya di luar sekolah dipenuhi dengan kereta-kereta disebabkan banjir di hujung jalan raya. Jalan raya itu juga amat licin. Dari seberang jalan, aku perasan bahawa ada seorang yang tubuhnya menyerupai Nenek itu, jiranku. Dia berpakaian lusuh dan pakaiannya basah kuyup kerana tiada teduhan daripada hujan. Aku memerhatikan gerak-geriknya. Dia kelihatan membawa beg-beg plastik yang sarat dengan surat khabar dan tin- tin kosong. Aku menyeberang jalan raya supaya dapat melihatnya dengan lebih dekat. Siapakah dia? Dan, apakah yang dibuatnya dalam keadaan hujan ribut ini?
Aku mengintipnya dari belakang tembok supaya dia tidakperasankehadiranku.Diaberjalanmenujuke arah lampu isyarat. Aku berasa kasihan melihatnya keseorangan diri dan mahu menolongnya. Tetapi, aku tidak dapat menggerakkan diri dan melangkah ke arahnya kerana telah diselubungi rasa takut dan segan. Aku lalu merenung sahaja dari jauh. Jutaan persoalan melintas mindaku. Tolong dia atau tidak?
Tanpa disangka, dentuman kuat dapat didengar. Nenek yang aku perhatikan lesap kabur. Aku mengambil langkah seribu dan melihat kejadian yang menyebabkan dentuman yang kuat itu. Malang tidak berbau. Nenek kebayan yang dari tadi
aku perhatikan terbaring di jalan raya. Kepalanya berlumuran darah dan mukanya pucat lesi. Aku memekik meminta pertolongan. Seorang pejalan kaki bergegas menelefon ambulans. Disebabkan rasa seganku, aku menghalang tubuhku untuk membuat kebaikan. Niatku kalah dengan perasaan segan yang telah menghantui tubuhku sehingga aku mengorbankan seseorang yang tidak bersalah. Kalau aku tidak hanya merenung tetapi membantunya menyeberang jalan, tentu kejadian ini tidak berlaku. Hatiku bagaikan terhempas ke lantai dan aku dihantui dengan rasa bersalah. Aku bersalah! Sebab akulah nyawa seorang manusia terkorban!
Azan Zuhur berkumandang menandakan waktu Zuhur pada hari itu. Aku tersedar daripada lamunanku. Aku benar-benar menyesali perbuatanku. Aku tidak sepatutnya membenarkan perasaanku mengawal tindak tandukku. Disebabkan rasa segan dan mungkin kejijikanku, aku tidak dapat membuat kebaikan. Aku berdosa kerana memandang rendah terhadapnya dan aku tidak patut menilai perwatakannya ibarat menilai buku dari sampulnya. Aku terpaksa menerima hakikat kerana walaupun aku menangis teresak-esak, dia sudah tiada dan tidak akan tiba-tiba bangun kembali. Aku hanya dapat menyedekahkan doa untuknya. Kalaulah aku tidak melayan emosiku, tentu kejadian pada hari itu dapat dielakkan.
112 CERPEN • YIJC