Page 116 - SP2021
P. 116

   ULASAN FILEM
Cinta Seorang Wirawati kepada Ilmu
Alya Afiqah Azman
Sebuah filem biopik Indonesia yang patut ditonton di Netflix ialah ‘Kartini: Princess of Java’. Raden Adjeng Kartini merupakan seorang tokoh wanita yang terkenal dalam masyarakat Indonesia. Beliau wanita berketurunan bangsawan yang melawan budaya patriaki dalam usaha meningkatkan akses kepada pendidikan untuk wanita tempatan dalam masyarakat Indonesia awal tahun 1900-an. Filem ini mengisahkan perjuangan feminis pertama Indonesia itu dalam menerapkan kepentingan mencari ilmu dalam kalangan wanita dan wanita- wanita yang kurang berkemampuan. Selain itu, kebebasan dan hak wanita-wanita pada zaman itu juga seringkali ditindas dan mereka menderita kerana dipaksa berpoligami.
Filem arahan Hanung Bramatyo yang dihasilkan pada tahun 2017 ini memang sarat dengan isu-isu sosial yang masih relevan sehingga ke hari ini dan boleh dibuat renungan bersama.
Penonton diperkenalkan kepada Kartini, seorang anak kecil yang membesar dengan menyaksikan ibunya, Ngasirah, yang bukan seorang berketurunan bangsawan menjadi orang terbuang di rumahnya sendiri. Hanya kerana berketurunan biasa, Ngasirah tiada suara dan menjadi pembantu di rumah sendiri. Diskriminasi dan penindasan terhadap wanita merupakan sesuatu yang diterima dalam masyarakat itu sehingga menjadi suatu kebiasaan bagi wanita untuk mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki.
Memandangkan Kartini berbapakan seorang bangsawan, masyarakat meletakkan jangkaan tinggi terhadapnya. Namun Kartini mencabar amalan-amalan budaya patriaki kerana mendambakan kesetaraan bagi wanita. Seperti yang dikatakan watak Kartini sendiri, “Tiada apa yang lebih berharga daripada membebaskan pemikiran” melalui ilmu.
Salah satu isu sosial yang masih wujud dan dibincangkan sehingga ke hari ini adalah tentang hak wanita dalam menerima pendidikan peringkat lanjutan. Walaupun wanita hari ini lebih bebas dan berpeluang untuk meraih ilmu di sekolah namun masih ada lagi masyarakat konservatif yang masih menidakkan hak wanita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Wanita hanya diberikan pembelajaran asas di sekolah rendah.
   114 ULASAN • JPJC


























































































   114   115   116   117   118