Page 118 - SP2021
P. 118

   ULASAN BUKU
 Yok ‘Merantau ke
Deli’ untuk Kenal Erti
Pengorbanan dan
Kesyukuran
Ulfa Hannah Binte Mohamad Zin
Novel Hamka bertajuk ‘Merantau ke Deli’ memberikan pembaca peluang untuk menyorot amalan budaya Minangkabau dan budaya Jawa melalui kisah cinta dan perkahwinan dua insan daripada dua suku kaum yang berbeza. Leman, dari suku kaum Minang yang mengamalkan Adat Perpatih telah bertemu dan berkahwin dengan Poniem, seorang wanita dari suku kaum Jawa. Pada awalnya, Poniem menolak lamaran Leman
tetapi setelah dipujuk rayu oleh Leman yang bersumpah setia hingga ke akhir hayat, menyebabkan Poniem menerima lamaran
tersebut.
Perkahwinan antara dua insan yang datang dari budaya yang berbeza-beza memang mencabar tetapi atas berkat usaha dan
kesabaran, mereka berjaya mengatasi bersama-sama. Pada satu pihak, Leman berpegang pada prinsip lelaki sebagai pencari nafkah manakala si isteri menjadi suri rumah tangga. Sebaliknya, Poniem yang dibesarkan dalam budaya Jawa percaya bahawa sang isteri memainkan peranan lebih aktif dalam rumah tangga, berhak mengambil tahu permasalahan si suami dan membantu si suami apabila si suami menghadapi masalah. Poniem sanggup berkorban dan menggadaikan hartanya untuk membantu Leman. Walaupun hidup mereka semakin senang, mereka tetap kekal merendah diri. Malangnya mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Dengan perniagaan mereka semakin maju, Poniem mengikut Leman balik ke Padang untuk menziarahi
  116 ULASAN • JPJC























































































   116   117   118   119   120