Page 113 - SP2021
P. 113

  Malu Yang Tidak Bertempat
Elie Salsabilah Binte Ali
Setiap kali aku menziarahi rumah kebajikan orang tua, peristiwa yang terjadi lapan tahun yang lalu akan sering aku ingat bagaikan sesegar awan tak bercela. Peristiwa
yang pahit itu berulang- ulang bermain dalam kotak mindaku bagaikan tayangan filem dan seringkali mengingatkan aku bahawa akulah penyebab kematian yang tidak patut terjadi, dan disebabkan perasaan akulah, nyawa yang tidak bersalah terkorban.
Angin ribut bertiupan
menghembus langsir
yang berwarna
keemasan di jendelaku.
Awan-awan kelabu mula
berkumpul, menutupi
pintu cahaya sinar Sang
Suria. Petir sambar-
menyambar kelihatan di
luar jendela lalu disusuli
guruh yang berdentam-dentum, menggegarkan kamarku. Mujur, aku telah sampai di rumah sebelum titik-titik hujan mula turun dari langit membasahi bumi. Aku bergegas ke kamarku lalu mengurung diriku. Betulkah apa yang telah aku saksikan? Aku berkumat-kamit sendirian tanpa henti. Disebabkan aku, sebuah keluarga telah kehilangan orang tersayang.
Aku baru sahaja tiba di rumah baharu dengan perabot-perabot dari rumah lamaku. Jiranku di rumah lama amat bongkak dan hanya mencari pasal dengan keluargaku. Setelah lima tahun bertahan tinggal di rumah itu, ibu bapaku telah membuat keputusan untuk berpindah kerana sudah jemu menghadapi sikap jiran yang tidak bertimbang rasa. Aku harap, aku dapat bermesra dengan jiran baharuku seperti orang lain.
Setelah seminggu menyelesaikan tugas-tugas di rumah baharu, aku memberanikan diri untuk memperkenalkan diriku kepada jiranku. Sebenarnya, aku seorang yang pemalu dan
sensitif. Teguran kecil dapat membuatkan air mataku mengalir dan membanjiri kelopak mata. Aku mengetuk pintu jiranku. Tiada orang yang
membuka pintu.
“Hmm... tidak ada orang dirumahkah?”
Aku mengetuk pintu itu sekali lagi dengan penuh harapan. Kali ini, kedengaran suara yang amat dalam dan lemah, seperti suara seorang tua.
“Sebentar...” teriaknya dengan nada yang lemah. Pintu terbuka dan aku disambut oleh seorang nenek. Aku tersentak sekejap. Rupanya mengingatkan aku kepada nenek kebayan yang hodoh dan mempunyai penyapu yang boleh terbang seperti
dalam cerita Snow White. Aku seperti kehilangan suara apabila mahu memperkenalkan diri. Peluh sejuk mula membasahi tanganku yang berketar- ketar. Aku hanya tersenyum dan cuba menjenguk ke dalam rumahnya.
“Assalamualaikum, Nek.. Sa..ya jiran baharu nenek. Kami baru berpindah di unit sudut itu.. Dan, ini sedikit buah tangan untuk Nenek..,” aku berkata dengan nada yang takut dan gementar lalu bergegas balik rumah tanpa menunggu balasan daripada Nenek. Aku langsung tidak menoleh ke belakang.
Hari demi hari, aku tidak dapat melupakan nenek itu. Nenek itu mempunyai raut wajah yang sinis dan bengis. Aku berdoa tidak akan bertembung dengannya lagi. Rumahnya juga kelihatan gelap dan aneh.
Pada keesokan hari, hujan lebat turun membanjiri tanah Singapura. Pelajar-pelajar yang sebelumnya khusyuk memberikan perhatian kepada mata
  YIJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 111








































































   111   112   113   114   115