Page 100 - SP2021
P. 100

  AKU ADALAH AKU
Indonesia dapat menjadi negara adikuasa jika dipimpin oleh aku. Kewibawaan. Keberanian. Ketangguhan. Orang melihat aku sebagai reinkarnasi sosok Soekarno. Seorang sosok yang ditakuti dan disegani oleh lawan-lawannya.
Setelah berkempen hampir enam bulan lamanya, pilihan raya pun tiba. Aku telah mencalonkan diri sebagai Ketua Bandar bagi kawasan Jakarta. Kemenangan mudah sudah di depan mata. Kerusi takhta akan menjadi milikku tidak lama lagi.
Sayang seribu kali sayang, realiti sungguh jauh berbeza dengan keinginanku. Aku kalah dalam pilihan rayaku. Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa sedihnya aku pada hari itu. Aku bagaikan tenggelam dalam lautan pilu. Jiwaku bagaikan dirantai perasaan hiba yang sayu. Ragaku bagai dedaunan yang sayu di musim salju.
Ini merupakan jalan hidup yang aku telah pilih. Aku sudah masuk ke dalam jurang politik yang aku tidak bisa keluar. Aku mungkin kalah dalam pertempuran ini. Namun, aku belum menyerah dalam peperangan ini. Aku cuba menyelidiki kekalahanku. Tujuh hari tujuh malam aku tidak henti menyelidiki kekalahanku. Aku cuba berbincang dengan para pakar politik tentang kekalahan yang memalukan.
Kata-kata para pakar politik membuat aku terpegun. Mereka mengatakan bagaimana sosok Soekarno yang serupa dengan aku membawa ketakutan terutamanya bagi pemuda-pemudi
Indonesia. Sosok Soekarno melambangkan pemerintahan diktator yang mengehadkan kebebasan berpendapat masyarakat Indonesia. Sosok Soekarno sudah terkenal dengan ideologi sosialis yang berbau ‘kekiri-kirian’. Aku cuba membantah pernyataan mereka. Aku tidak bersetuju bagaimana mereka menjatuhkan martabad Soekarno yang aku junjung tinggi. Bagi para pakar politik, pernyataan mereka bukan sebuah anggapan peribadi mereka tapi merupakan kenyataan yang ada dalam masyarakat.
Susah bagi aku untuk menghadapi kenyataan bahawa masyarakat Indonesia tidak memuja Soekarno sepertimana aku memujanya. Cintaku terhadap Sukarno telah membuat aku buta tentang kekurangan-kekurangan Soekarno sebagai pemimpin. Memimpin sebuah negara puluhan tahun lamanya memberikan ketakutan bagi masyarakat Indonesia. Soekarno juga hanyalah manusia biasa yang tidak luput daripada kekurangan. Mungkin aku terlalu memujanya. Mungkin aku yang terlalu ingin menjadi sepertinya.
Sungguh sukar merubah pandangan masyarakat tentang diriku. Sosok Soekarno sudah terlalu sebati dengan namaku. Bagi masyarakat aku ialah Soekarno. Soekarno ialah aku. Sudah waktunya orang-orang melihat aku sebagai diriku sendiri. Sudah saatnya orang-orang mengenal aku sebagai diriku dan bukan sosok lain. Aku harus dikenali sebagai diriku sendiri dan bukan sosok lain. Aku harus menjadi aku. Aku adalah aku.
98 CERPEN • NJC

























































































   98   99   100   101   102