Page 90 - SP2021
P. 90
penulis tempatan kepada bahasa Inggeris di Google Jamboard. Antara petikan karya itu ialah sajak tulisan Abdul Ghani Hamid dan Ahmad Md Tahir serta cerpen tulisan Mohd Latiff Mohd dan Farihan Bahron. Setiap kumpulan dikehendaki menerangkan sebab-sebab strategi tertentu digunakan untuk penterjemahan petikan teks itu. Kami juga harus memilih seorang penyampai yang akan berkongsi selama 5 minit. Untuk kumpulan saya, kami diberikan petikan daripada cerpen Cinta Gadis Korea dan kami berasa seronok melakukan aktiviti tersebut. Memang agak sukar untuk menterjemahkan sebuah petikan karya daripada bahasa Melayu kepada Inggeris tetapi kami tetap berasa senang melakukannya. Melalui pengalaman ini, banyak yang telah kami semua pelajari tentang penterjemahan. Jarang sekali kami diberikan peluang untuk menyertai program sebegini, lantas kami berasa amat bersyukur kerana dapat diberikan peluang ini untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang penterjemahan.
Bukan itu sahaja, sebelum tamat program ini Cik Nurul Haziqah dari Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) juga berkongsi mengenai latihan amali untuk mahasiswa dan juga biasiswa penterjemahan yang ditawarkan oleh MCI. Beliaujugaberkongsitentangsebuahlelaman SG Translate Together di mana kami boleh menggunakannya untuk menterjemahkan ayat, frasa atau perkataan. Lelaman ini lebih sesuai digunakan kerana telah dipadankan dengan konteks tempatan. Perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh mereka yang minat akan terjemahan dan juga para pelajar seperti kami yang dwibahasa!
Penterjemahan bukan sekadar usaha linguistik tetapi juga dipengaruhi oleh ideologi.
88 PROGRAM PENYERAPAN • YIJC