Page 88 - SP2021
P. 88

  Indonesia, mereka menganuti agama Islam. Namun, mereka mempunyai bahasa Melayu tersendiri, yang dipanggil Basa Pulu Kokos. Bahasa ini merupakan campuran bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris dan Scots.
Semasa perkongsian Tuan Haji Adam dan Tuan Haji Mocksen, suatu perkara yang sering diulang ialah perubahan. Tuan Haji Adam telah menceritakan pelbagai perubahan yang telah berlaku di Pulau Cocos. Perubahan ini dari segi cara kehidupan, cara sambutan perayaan mereka dan
juga dari segi bahasa mereka. Beliau juga mengatakan walaupun masih ada yang bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa Melayu Cocos mengalami perubahan akibat penduduk muda yang mengahwini orang luar yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan lain-lain negara. Oleh sebab perubahan zaman, penduduk muda kurang minat untuk mengekalkan budaya dan bahasa mereka. Hal ini disebabkan pengaruh gaya hidup masyarakat Australia yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.
Tambahan pula, ada suatu perkara yang begitu mencengangkan bagi kami berkenaan dengan bahasa Melayu di Pulau Cocos. Menurut Tuan Haji Adam, bukan hanya bahasa Melayu di Pulau Cocos telah mengalami perubahan, bahkan ia sudah jarang digunakan oleh golongan muda Pulau Cocos. Hal ini disebabkan ramai antara mereka yang memilih untuk tinggal di ‘Tanah Besar’ (Australia). Bagi mereka, mengamalkan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka di Australia adalah lebih praktikal. Maka itu, Tuan Haji Adam mengutarakan cabaran yang dihadapi golongan warga emas di Pulau Cocos untuk mengekalkan penggunaan bahasa Melayu di sana.
Keadaan ini mengingatkan kami pada apa yang sedang berlaku di Singapura. Dewasa ini, ramai golongan muda yang kurang bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak dapat melihat nilai dalam bahasa Melayu. Kebanyakan daripada kita yang belajar Bahasa Melayu, hanya ingin mendapatkan nilai yang cemerlang dalam peperiksaan sahaja tetapi tidak dapat menghargai nilai sebenar bahasa itu. Hal inilah yang menyebabkan bahasa Melayu semakin terhakis kepentingannya di Singapura. Pelbagai persoalan yang timbul di benak kami
 86 PROGRAM PENYERAPAN • NJC
terutama sekali jika mungkin bahasa Melayu suatu hari nanti tidak lagi ditutur di Singapura! Mungkin tidak! Kami sebulat suara telah membincangkan hal ini semasa sesi renungan secara berkumpulan.
Ternyata, perkongsian oleh warga Pulau Cocos telah membuka mata hati kami tentang dampak modernisasi kepada bahasa dan budaya Melayu. Sebagai generasi penerus bangsa, perkongsian ini bak loceng yang memberikan amaran kepada kami agar senantiasa melestarikan bahasa dan budaya Melayu. Kami ingin mewariskan budaya dan bahasa ini ke anak cucu kami pada suatu hari nanti, seperti yang telah dilakukan oleh nenek moyang kami.



























































































   86   87   88   89   90