Page 86 - SP2021
P. 86

   Rumah Puteri Bongsu
mengubat pelbagai penyakit seperti mengubati batuk kahak dengan menggunakan bahan-bahan herba yang diproses dengan cara tradisional. Di Pusat Manuskrip Melayu ini juga terdapat sebuah mesin membaca manuskrip yang dirakamkan dalam filem gulung yang saya dapati amat menarik.
Kemudian, kami dibawa ke Rumah Puteri Bongsu untuk melihat reka bentuk dalaman rumah-rumah tradisional terutamanya ukiran yang sungguh terperinci oleh seorang mahasiswa UKM. Dia telah menerangkan kepada kami bagaimana setiap ruang di dalam rumah itu digunakan. Salah satu perkara yang masih kekal jelas di minda saya adalah bagaimana setiap rumah tradisional mempunyai sebuah tiang seri yang menyokong seluruh rumah itu. Tinggi tiang itu adalah dari kolong bawah rumah itu sehingga ke bumbung. Ia dikatakan tiang itu ibarat tulang belakang sebuah rumah tradisional.
Pada akhir kembara ilmu itu, saya mempelajari bahawa budaya Melayu tidak terhad kepada budaya makan dan budaya perkahwinan yang sering kita dengar sejak kecil lagi. Budaya merangkumi pemikiran orang Melayu dan cara orang Melayu menjalankan kehidupan seharian mereka. Akhir kata, kembara ilmu itu telah membuka mata dan minda saya agar terus bangga dengan masyarakat Melayu dan saya lebih mencintai asal usul saya sebagai seorang anak berbangsa Melayu.
Pelbagai Jenis Senjata Melayu
 84 PROGRAM PENYERAPAN • JPJC





























































































   84   85   86   87   88