Page 85 - SP2021
P. 85
Prof. Madya Dr. Chong Shin pula, berkongsi tentang dialek-dialek yang digunakan di serata Malaysia. Menurut beliau, terdapat tiga ragam dialek Melayu di Sarawak termasuk dialek Kuching, Saribas dan Kedayan. Tambah beliau, orang Melayu di Singapura dan Johor pula bertutur dalam dialek Johor-Riau di mana kebanyakan perkataan yang berakhir dengan huruf ‘a’ ditukar kepada huruf ‘e’. Misalnya, perkataan ‘siapa’, seringkali disebut sebagai ‘siape’ dalam kalangan orang Singapura dan Johor.
Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun pula berkongsi sedikit sebanyak tentang seni bina dan petempatan Melayu tradisional di Malaysia. Beliau berkongsi kajiannya tentang kawasan yang diwarisi dan didiami oleh masyarakat Melayu dari satu generasi ke satu generasi. Beliau menceritakan strategi penempatan rumah-rumah orang Melayu. Yang
Tapak Penemuan Rangka Kapal Purba
utama sekali, rumah-rumah orang Melayu dikelilingi pelbagai tanaman seperti pokok rambutan, pokok langsat, pokok kelapa dan pelbagai herba yang mendatangkan banyak manfaat. Ada tanaman ini juga dikatakan boleh digunakan dalam masakan Melayu dan ia merupakan tanaman yang praktikal untuk orang-orang kampung.
Selepas mendengar ceramah ringkas oleh Prof. Zalina, kami dibawa ke Pusat Manuskrip Melayu. Di situ, Dr. Ros Mahwati Binti Ahmad Zakaria menunjukkan kami pelbagai khazanah manuskrip yang ditulis dalam bahasa Jawi. Disebabkan banyak manuskrip di sana ditulis dalam bahasa Jawi lama, kesemua manuskrip itu diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Terdapat pelbagai bidang ilmu yang dicatatkan dalam manuskrip-manuskrip ini. Antaranya ialah Ilmu Sains dan Teknologi Tradisi Alam Melayu. Dalam manuskrip itu, tercatat cara
JPJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 83