Page 87 - SP2021
P. 87

 HARI KEDUA
Mengenali Cabaran Masyarakat Melayu Kepulauan Cocos
Raditya Secondatama Eliyah Batrisyiah Rayni Raudhah Muhd Ilyasa
Pada 30 November 2021, iaitu hari kedua Program Penyerapan Maya, kami telah dibawa ke Pulau Cocos secara maya melalui ruang sidang Zoom. Sesi ini telah dijalankan pada jam 9.30 pagi di Singapura, iaitu jam 11 pagi di Pulau Cocos. Sesi dimulakan dengan pengenalan kepada dua orang pemimpin masyarakat dari Pulau Cocos iaitu Tuan Haji Adam dan Tuan Haji Mocksen yang telah bermastautin di Pulau Cocos sepanjang hidup mereka. Mereka menceritakan cara kehidupan dahulu semasa mereka kecil dan menjelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka semasa Pulau Cocos diserang Jepun. Seterusnya, sesi tanya dan jawab diadakan supaya para pelajar
MLEP dapat menanyakan dengan lebih lanjut tentang kehidupan dan budaya masyarakat Melayu di Pulau Cocos. Sepanjang sesi ini, kita dapat tahu tentang ekonomi, sejarah dan budaya masyarakat Melayu di situ.
Orang Melayu Cocos merupakan kumpulan etnik yang kini menetap di Kepulauan Cocos, sebahagian daripada wilayah milik Australia. Mereka berasal daripada keturunan peneroka Melayu dari Indonesia, Singapura, British Malaya dan Brunei, yang dibawa oleh penjajah British ke pulau ini untuk menanam pokok kelapa dan menuai hasil kelapa. Sama seperti kebanyakan orang Melayu dari Malaysia, Singapura dan
 NJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 85




























































































   85   86   87   88   89