Page 89 - SP2021
P. 89

 HARI KETIGA
Bengkel Penterjemahan
Luqmanul Hakim Bin Abdul Basit
Nur Fazira Elyanie Binte Muhammad Safar
Bengkel penterjemahan telah diadakan pada hari ketiga Program Penyerapan Maya, iaitu pada 1 Disember 2021. Antara beberapa objektif bengkel adalah untuk mendedahkan kepentingan aspek bahasa dan budaya dalam penterjemahan kepada para pelajar. Dr. Nazry Bahrawi telah dijemput untuk mengendalikan bengkel ini. Dr. Nazry ialah seorang pensyarah dalam bidang sastera perbandingan di sebuah universiti Amerika Syarikat. Beliau juga telah menterjemahkan beberapa karya Melayu kepada bahasa Inggeris. Antaranya ialah antologi Singa-Pura-Pura yang menampilkan karya-karya penulis Melayu tanah air yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris.
Dr. Nazry telah memulakan bengkel dengan mengulas pendapat para pelajar MLEP tentang kepentingan penterjemahan yang telah dikumpulkan di ruang padlet seminggu
sebelum bengkel dijalankan. Beberapa orang pelajar pula diberi peluang untuk menjelaskan pendangan mereka yang telah diletakkan di padlet secara terperinci. Dengan kesedaran terhadap manfaat dan kepentingan penterjemahan dalam masyarakat majmuk seperti Singapura, para pelajar diajak untuk mengenali tiga strategi
yang boleh digunakan untuk menterjemahkan peribahasa dan petikan teks kesusasteraan. Antara strategi-strategi yang boleh digunakan adalah mengekalkan perkataan dan konsep yang difahami secara universal, mencari perkataan/frasa yang di dalam budaya sasara dan menterjemah dengan parafrasa. Intisari perkongsian beliau selanjutnya mengutarakan proses-proses teknikal penterjemahan yang sangat menarik!
Selepas perkongsian Dr. Nazry tentang strategi-strategi yang dapat digunakan untuk penterjemahan, giliran kami pula untuk mengaplikasikan apa yang diajar oleh beliau. Aktiviti penterjemahan yang telah kami lakukan dibahagikan kepada dua, aktiviti individu dan berkumpulan. Untuk aktiviti penterjemahan yang
pertama iaitu secara individu, kami diberikan pilihan untuk memilih tiga daripada lima peribahasa yang diberikan untuk diterjemahkan dalam jangka masa 15 minit. Seorang wakil daripada setiap maktab rendah diminta untuk berkongsi tentang peribahasa yang telah diterjemahkan dan juga menerangkan strategi yang digunakan
untuk penterjemahan tersebut.
Aktiviti seterusnya memerlukan pelajar untuk menterjemahkan petikan karya
 YIJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 87






















































































   87   88   89   90   91