Page 84 - SP2021
P. 84

  HARI KEDUA
Kembara Ilmu ke ATMA, UKM
Dinie Batrisya Binte Mohammad Kamarruddin
Pada hari kedua Program Penyerapan Maya, iaitu 30 November 2021, kami dijemput ke UKM secara maya di mana Dr. Mohd Faizal Musa membuka acara itu dengan kuliahnya tentang akal budi dan akal badi Melayu.
Menurut Dr. Faizal akal budi dan akal badi Melayu merujuk kepada kebolehan kita untuk membezakan baik dan buruk dan ini berkait dengan kebolehan berfikir. Sebagai seseorang yang membuat kajian dalam bidang tersebut, beliau mempunyai visi untuk masyarakat Melayu
kita maju ke hadapan iaitu dengan meningkatkan
lagi akal budi orang Melayu. Dengan meningkatkan akal
budi Melayu, kita
dapat menyumbang kepada perpaduan masyarakat Melayu sejagat secara tidak langsung.
Selepas Dr. Faizal mengakhiri kuliahnya, beliau menayangkan beberapa kuliah ringkas oleh beberapa orang ahli akademik ATMA. Kuliah ringkas dimulakan oleh Prof. Madya. Dr. Asyaari Muhamad yang berkongsi tentang kajian-kajian arkeologi yang dilakukan di ATMA. Beliau mencari dan mengkaji artifak-artifak untuk mengetahui asal usul bangsa Melayu. Melalui bukti arkeologi kita dapat menentukan kepercayaan, teknologi dan kearifan masyarakat dahulu kala. Beliau juga berkongsi tentang projek terkininya di mana beliau dan pasukan beliau telah menjumpai sebuah kapal dagang yang dipercayai peninggalan Kesultanan Melayu di Melaka. Kapal dagang yang dipercayai telah beroperasi pada abad ke-15 itu dijumpai di kawasan tanah tambak di pantai Melaka. Dengan menggunakan kapal dagang itu, ahli-ahli arkeologi ATMA dapat menyelongkar kehidupan pada zaman Kesultanan Melayu di Melaka.
 ‘K
earifan Lokal’. Itulah tema bagi kembara ilmu kami ke Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 82 PROGRAM PENYERAPAN • JPJC
Mesin Pembaca Mikrofilem





















































































   82   83   84   85   86