Page 82 - SP2021
P. 82

  HARI PERTAMA
Kembara Ilmu ke Indonesia
Zulhaira Nafira Binte Ra’afie
Nur Fifi Syadzwina Binte Mohamed Sulaiman
Pada 29 November 2021, para pelajar MLEP dari kelima-lima buah maktab rendah, iaitu, Maktab Rendah Jurong Pioneer (JPJC), Maktab Rendah Kebangsaan (NJC), Institusi Raffles (RI) , Maktab Rendah Tampines Meridian (TMJC) dan Maktab Rendah Yishun Innova (YIJC) telah diberi peluang untuk menyertai Program Penyerapan Maya.
Program Penyerapan Maya ini merupakan acara kemuncak bagi program pengayaan MLEP dan ciri khasnya ialah lawatan ke negara-negara Nusantara seperti Malaysia dan Indonesia. Melalui lawatan tersebut, para pelajar meraih banyak pengalaman dan pengetahuan tentang budaya Melayu di Nusantara. Pandemik COVID-19 telah mengubah cara kita melakukan perkara yang lazim dilakukan secara bersemuka. Oleh sebab keadaan tidak mengizinkan untuk para pelajar bersua muka dan melawati negara-negara Nusantara untuk menimba ilmu, program ini sekali lagi dilaksanakan secara maya, sama seperti tahun sebelumnya. Program yang berlangsung selama tiga hari dari pukul 8:30 pagi hingga sekitar 1:00 tengah hari ini sememangnya dinanti-nantikan semua pelajar MLEP kerana ianya membuka peluang mereka menimba ilmu dan menjalin ikatan ukhuwah.
Program ini dikendalikan menerusi aplikasi Zoom dan para penerima biasiswa MLEP memulakan program ini dengan sesi suai kenal dalam
kumpulan masing- masing. Para penerima biasiswa MLEP telah berjaya mengendalikan permainan yang mudah dan interaktif. Permainan yang dikendalikan mereka telah dapat menolong pelajar berasa lebih selesa dan berpeluang bertutur dalam bahasa Melayu bersama rakan-rakan
MLEP yang lain. Tambahan pula, permainan yang dipilih berjaya memastikan sesi suai kenal seronok dan para pelajar dapat mengeratkan persahabatan antara mereka. Antara aktiviti yang dimainkan adalah Skribbl.io iaitu sebuah permainan meneka lukisan kumpulan lain. Lukisan yang dilukis perlu mengikut kategori yang dicatatkan seperti permainan tradisional, budaya, sekolah ataupun buah-buahan. Para pelajar berasa seronok dan giat memberi respons untuk menolong rakan-rakan mereka mencari jawapan yang betul.
Selepas itu, para pelajar MLEP terus ‘terbang’ ke Jakarta, Indonesia untuk sesi kembara ilmu bersama tiga orang penggiat sastera di Indonesia yang berkongsi tentang tatacara mendeklamasikan sajak. Salah seorang daripada mereka ialah Pak Ferdinandus Moses. Beliau memperkenalkan kita kepada W.S. Rendra, seorang penyajak hebat dan terkenal di Indonesia. Semasa
sesi bersamanya, para pelajar diajak menghayati latar kehidupan dan prinsip W.S.
Rendra yang menekankan
   80 PROGRAM PENYERAPAN • TMJC






















































































   80   81   82   83   84