Page 80 - SP2021
P. 80

  untuk menetapkan dasar bahasa Melayu bagi penggunanya. Tokoh pertama yang dipaparkan Dr. Azhar mengenai perbincangan tersebut ialah Syed Hussein Alatas (1928-2007). Beliau telah merenung tentang persoalan pembangunan bahasa dan sastera serta menegaskan pertalian antara kebudayaan dengan bahasa. Menurut beliau, antara tugas bahasa adalah untuk menghubungkan manusia, menulis sejarah dan membangunkan ilmu dan rohani – agar manusia tidak berasa sendiri. Bahasa juga ada hubungan langsung dengan pemikiran manusia kerana bahasa menjadikan komunikasi lebih jelas dan “mempermudah penghidupan, bukan menyusahkannya”. Sastera berperanan penting sebagai wadah ekspresi pemikiran dan perasaan manusia, harus ditunjukkan melalui estetika fasih.
Tokoh seterusnya ialah Sutan Takdir Alisjahbana (1908-1994). Sebagai salah seorang intelektual, beliau berkemampuan untuk mentakrif masalah- masalah dalam masyarakat. Pada ketika itu, kebudayaan penguasaan bahasa juga dilihat dalam gerakan politik di Nusantara. Dalam pertengahan abad ke-20, pemuda pemudi dalam wilayah tersebut didorong untuk menguasai masa depan mereka dengan pergerakan kebudayaan yang menimbulkan kesedaran untuk bertindak. Golongan pemuda pemudi, khususnya di wilayah Indonesia, telah digalakkan untuk mempunyai arah tuju dan bercita-cita besar untuk memenuhi kemahuan mereka. Cita-cita itu merujuk kepada tekad dan harapan untuk
sedia bergerak demi masa depan yang lebih baik, iaitu suatu proses menuju kepada pencerahan pemikiran yang berterusan. Pencerahan pemikiran ini menandakan gaya hidup masa kini, pemacuan reformasi, pembangunan semula dan emansipasi. Retorik seruan ini adalah untuk menginspirasi dan mengundang imaginasi dan intelektual supaya boleh meningkatkan kesedaran dan bertindak.
Selama beberapa dekad ini, segala ilmu k e m a n u s i a a n d a n kemasyarakatan Melayu sering dikaji oleh tokoh- tokoh bahasa Melayu.
Terdapat beberapa jabatan pengajian Melayu yang ditubuhkan untuk melakukan kajian-kajian tersebut di institusi pengajian tinggi. Kesimpulannya, pengajian Melayu ada kepentingannya untuk membangun dan memantapkan tradisi sains atau ilmu sosial yang berorientasikan diagnostik (mahu menyelesaikan masalah) dan Pengajian Melayu seyogia mendapat pemerhatian inteligensia Melayu. Ilmu ini penting dan harus dimanfaatkan dalam usaha untuk memahami perjalanan dan tantangan masyarakat. Beberapa tokoh yang harus dipuji dalam sumbangan mereka untuk memperjuangkan pemerkasaan masyarakat Melayu ialah Syed Hussein Alatas, Mohd Taib Osman, Asmah Haji Omar, Shaharuddin Maaruf dan Rustam Sani dan beberapa tokoh lain. Salah satu persoalan yang dibincangkan mereka adalah cara untuk berfikir dengan kritis. Saya berpendapat bahan-bahan intelektual penting untuk menyokong pemikiran seseorang dan institusi pengajian tinggi berperanan besar untuk memupuk pemikiran yang kritikal seiringan dengan sifat empati.
Pada keseluruhannya, saya telah mempelajari tentang perkembangan bahasa Melayu dari abad ke-19 sehingga abad ke-21. Dapat melihat perubahan pada bahasa dan sastera Melayu untuk memenuhi keperluan penggunanya dalam
setiap abad. Pada hemat saya, sastera dan bahasa penting untuk perkembangan masyarakat Melayu, dan kritikal bagi perlambangan masyarakat Melayu. Tanpa perubahan bahasa, budayanya akan mati kerana tidak sesuai dan relevan dengan masa dan tuntutan masyarakat. Tambahan pula, romantisme bahasa dan sastera klasik yang keterlaluan akan menghindarkan budaya kita untuk maju ke hadapan. Dengan ini, saya berharap agar saya dan belia yang lain dapat memberikan sumbangan k e p a d a masyarakat Melayu dalam bidang yang ingin kami
ceburi.
 78 DIARI • YIJC


























































































   78   79   80   81   82