Page 83 - SP2021
P. 83

 kepentingan membaca kerana melalui pembacaan kita dapat meresapi nilai-nilai kehidupan. Beliau juga menekankan tentang peranan para penyajak dalam masyarakat. Menurutnya, penyajak harus sentiasa ‘fikir untuk masyarakat’. Dengan memahami lebih lanjut tentang latar belakang penyair, pelajar dapat memahami cara pemikiran dan penulisannya dengan lebih mendalam terutama apa yang tersirat dalam sajak-sajaknya. Pak Moses menunjukkan kepada kami beberapa buah karya ulung W.S. Rendra seperti ‘Aku Tulis Pamplet ini’, ‘Kangen’ dan ‘Orang-orang Miskin’. Pak Moses telah menitikberatkan cara penulisan menggunakan simbol-simbol untuk meningkatkan nilai estetika sebuah sajak. Selanjutnya, beliau turut memaparkan variasi nada and emosi ketika ingin menyampaikan sajak supaya mesej yang pelbagai dapat diluahkan secara berkesan. Beliau sentiasa menegaskan bahawa penghayatan sajak amat penting kerana melalui proses penghayatan, kita dapat memahami maksud tersirat di sebalik simbol- simbol yang digunakan penyajak dan bukan setakat pemahaman superfisial sahaja.
Selanjutnya, para pelajar diajar tentang cara asas mendeklamasikan sajak seperti penggunaan rasa, nada dan gaya. Salah satu teknik yang diajar
ialah penggunaan kontras suara di mana seorang pelajar menggunakan suara lantang dan seorang lagi menggunakan nada berbisik. Selain itu, para pelajar juga mendapat tahu tentang kepentingan irama ketika mendeklamasikan sajak. Pengetahuan sebegini dapat menolong pelajar lebih menghayati sajak yang dibaca secara keseluruhannya.
Akhir sekali, sebagai penutup sesi kembara ilmu ini, setiap kumpulan pelajar mempersembahkan beberapa kuntum sajak dalam buku Antologi Titik Pertemuan. Antara sajak yang dipersembahkan ialah sajak ‘Guru Oh Guru’ karya Usman Awang. Setiap kumpulan telah bertungkus lumus membuat persembahan yang terbaik mengikut kebolehan dan kreativiti mereka. Usaha setiap pelajar untuk cuba keluar dari zon keselesaan mereka demi mempelajari sesuatu perkara yang baharu memang patut dipuji.
Sebagai rumusan, hari pertama program penyerapan ini berjaya membuka minda dan mata para pelajar untuk mendalami dunia pensajakan terutama dari aspek penulisan dan pendeklamasian selain mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.
   TMJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 81





























































































   81   82   83   84   85