Page 113 - Tinta Aksara 2021
P. 113

 persembahan pertama bagi kami. Namun begitu, pada hari penggambaran, kami telah bersiap sedia dalam kostum kami. Tanpa merujuk skrip, kami berjaya menjiwai watak kami dengan sebaik mungkin. Saya juga mempelajari kemahiran baharu dalam penggunaan peranti kamera yang saya tidak pernah lihat. Tidak dapat dinafikan bahawa saya menghadapi pelbagai cabaran pada mulanya, namun dengan bimbingan daripada guru sastera dan rakan-rakan lain, saya dapat mengatasi cabaran yang saya hadapi.
Akhirnya, saya berasa bangga kerana saya dapat merakamkan persembahan rakan- rakan saya dengan sudut kamera yang diinginkan, lebih- lebih lagi apabila sudut sinematografi sekolah kami dipuji oleh Encik Djohan Abdul Rahman, salah seorang ahli juri bagi persembahan tersebut.
Melalui bengkel dan pengalaman menjayakan persembahan ini, saya telah meraih pelbagai manfaat dan juga pengajaran yang sungguh bermakna. Pada hemat saya, pengalaman ini merupakan suatu pengalaman yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat saya. Bukan sahaja saya dapat menambah ilmu tentang kesusasteraan Melayu, malahan saya jugadapatmenciptakenanganmanissambil mengukuhkan persahabatan bersama rakan- rakan saya. Saya berharap situasi COVID-19 akan bertambah baik pada masa hadapan supaya kami dapat membuat pementasan adaptasi karya cerpen yang baharu dan juga menyaksikan pementasan sekolah-sekolah secara bersemuka dan fizikal. Dengan ini, sudah pasti kami dapat memperkaya dan memperkasakan ilmu pengetahuan yang diraih di samping meningkatkan lagi penghayatan kami terhadap karya-karya sastera Melayu.
 111































































































   111   112   113   114   115