Page 112 - Tinta Aksara 2021
P. 112
Pada tanggal 23 Oktober 2021, persembahan maya ‘Dari Pena ke Panggung 2021’ telah dianjurkan dengan cara yang amat berbeza berbanding dengan pementasan yang dilakukan sebelum Covid-19. Tepukan yang bergema di seluruh teater kini menjadi kesunyian yang canggung. Namun begitu, suasana tetap bersemarak dan memuncak walaupun para penonton hanya menyaksikan video setiap sekolah yang mengambil bahagian secara maya. Setiap sketsa yang dipersembahkan oleh setiap sekolah sangat menguja dan menakjubkan. Setiap lakonan dan ekspresi para watak dapat dilihat dengan amat jelas.
Suntingan video serta teknik penggambaran dan kesan bunyi yang dipaparkan melebihi jangkaan saya. Walaupun kami tidak dapat mempersembahkan sketsa kami di atas pentas, proses mengadaptasikan karya cerpen daripada buku ‘Pahlawan Panggung’ tidak berbeza jika dibandingkan dengan pementasan pada tahun 2019.
Bengkel penulisan skrip
secara dalam talian pada 25 Mei dan 31 Mei telah banyak membantu kami dalam merangka dan menulis skripnya. Sewaktu bengkel penulisan skrip, kami telah memilih
cerpen yang ingin kami adaptasikan, iaitu cerpen ‘Sambal Goreng Mak,’ karya Wan Jumaiah Mohd Jubri. Kami mula mengenal pasti peristiwa-peristiwa penting yang perlu diterapkan dalam persembahan kami. Melalui bengkel penulisan skrip itu, kami juga mempelajari cara untuk meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada para penonton, iaitu dengan menimbulkan ciri- ciri watak dari aspek psikologi, fizikal dan sosiologi. Sebagai contoh, kami bertungkus lumus memerah otak dan menyumbang pandangan untuk menulis dialog bagi watak Mak supaya Mak dipaparkan sebagai seorang
ibu yang mementingkan budaya dan bahasa Melayu.
Setelah menyunting skrip, kami mula merancang dan merakamkan persembahan
Laporan Pementusan Dari Pena Ke Panggung
Hannah Binte jasmori (3D) Sekolah Menengah Tanjong Katong
110
kami. Pada mulanya, kami telah menjalankan raptai di bilik darjah sambil merujuk kepada skrip. Kami semua berasa amat kekok berlakon kerana persembahan ini merupakan