Page 110 - Tinta Aksara 2021
P. 110
Laporan Perkhemahan EMAS
108
“Tak kenal maka tak cinta.”
Mungkin belia pada hari ini sering kali dilihat lebih cenderung menerapkan budaya asing dalam kehidupan seharian mereka. Namun, seandainya kita didedahkan kepada keindahan budaya Melayu seperti yang berlaku sewaktu Perkhemahan EMAS yang saya sertai pada Mac lalu, nescaya akan timbulnya minat semula jadi terhadapnya. Mungkin itulah mesej yang ingin disampaikan di sebalik tema perkhemahan yang telah melibatkan setiap pelajar Menengah 1 dari ketiga-tiga buah pusat EMAS itu.
Perkhemahan sehari yang turut bertindak sebagai program kenal suai ini bertujuan untuk memperkaya pengetahuan pelajar terhadap budaya Melayu menerusi pengalaman autentik. Meskipun terdapat banyak sekatan untuk menjalani aktiviti sekolah ekoran wabak COVID-19, kami semua beruntung kerana dapat mendekati seni dikir barat menerusi perkhemahan yang berbentuk pembelajaran teradun. Perkhemahan yang sebahagiannya dijalankan melalui Zoom dan sebahagian lagi melalui bengkel bersemuka telah membuat kami jatuh cinta kepada budaya Melayu yang ternyata tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Selepas kami melaporkan diri di pusat EMAS masing-masing dan log masuk ke dalam pautan Zoom yang disediakan, perkhemahan pun bermula dengan aktiviti kenal suai yang diacarakan oleh seorang pegawai Kementerian Pendidikan (MOE).
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan permainan bahasa itu memerlukan kami bekerja secara berkumpulan menerusi breakout rooms di ruang Zoom. Contohnya, sebagai kumpulan, kami telah berlumba untuk membina seberapa banyak perkataan baharu daripada sepatah perkataan yang dipancarkan dalam masa yang ditetapkan. Tidak lama kemudian, kami semua sudah cukup bersedia dan ghairah untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti lain sewaktu perkhemahan itu.
Setelah kami meninggalkan komputer riba masing-masing, kami pun bergerak menuju ke lokasi bengkel seni dikir barat. Jurulatih kami, Abang Syahir, telah memperkenalkan seni budaya Nusantara kepada kami yang memerlukan seramai 14 anggota di dalam sebuah kumpulan. Tok Juara, Tukang Karut, Awok-Awok dan kumpulan paluan perlu memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan persembahan. Istilah ‘dikir’ sebenarnya bermaksud ‘bernyanyi secara berkumpulan’. Oleh sebab itu, selain menggunakan alat-alat muzik, setiap anggota kumpulan perlu menyanyikan lirik dikir barat secara berkumpulan.
Tentu sekali pengalaman kami berjinak-jinak dengan seni dikir barat tidak akan lengkap jika kami tidak cuba menyanyikan beberapa lagu sambil membuat ragam dikir barat. Antara lagu yang diperkenalkan kepada kami ialah ‘Dikir Singapura’. Pada percubaan pertama, kesemua pelajar kelihatan malu- malu kucing dan suara kami kedengaran perlahan serta tidak berkeyakinan. Jurulatih kami yang bersuara merdu itu pun berjenaka
Eve Enara Aliman (1F) Sekolah Menengah Tanjong Katong