Page 108 - Tinta Aksara 2021
P. 108
Pada penggal pertama persekolahan tahun ini, para pelajar Menengah 2 Bahasa Melayu Lanjutan telah mengikuti bengkel penulisan pantun yang dikendalikan oleh seorang penyair tempatan yang tidak asing lagi, iaitu Cikgu Hanafi Idrus. Saya dan rakan-rakan berasaamatbertuahkeranakamiberpeluang mempelajari cara mengarang dan membaca pantun dengan betul. Malahan, kami turut berkesempatan berbalas pantun bersama rakan-rakan selepas kami menghasilkan pantun masing-masing.
Pada awalnya, saya berasa bimbang dan ragu-ragu untuk menulis pantun memandangkan inilah kali pertama saya menghasilkan pantun. Apatah lagi saya perlu mencari ilham dan simbol-simbol tertentu bagi memastikan baris pertama dan kedua saya membentuk bahagian pembayang pantun. Pada masa yang sama, saya juga harus peka akan jumlah suku kata dalam setiap baris pantun dan juga ritma pada setiap hujung baris pantun. Namun, setelah menjalani sesi yang kedua, saya berasa lebih yakin apabila Cikgu Hanafi berkongsi tentang perbezaan antara pembayang dengan maksud dalam pantun. Bengkel ini menjadi lebih menarik apabila Cikgu Hanafi turut berkongsi emosi yang harus kami luahkan sewaktu membaca pantun. Malahan, pantun juga boleh dilagukan seperti yang terdapat di dalam lagu Pantun Budi.
Setelah mengikuti bengkel ini, saya merasakan bahawa bahasa dan budaya Melayu sangat indah. Pantun bukan sekadar dijadikan halwa telinga dengan adanya ritma yang menarik dalam setiap baris pantun, malahan, banyak unsur pengajaran dan pesanan yang boleh disampaikan melalui pantun. Yang pasti, bukan sahaja bengkel ini telah meningkatkan kemahiran saya untuk menghasilkan pantun, pada masa yang sama, saya turut mampu memperluas penguasaan kosa kata saya. Maklumlah, saya perlu mencari pelbagai kosa kata yang mempunyai bunyi yang sama bagi suku kata akhir perkataan yang saya gunakan.
Laporan Bengkel Pantun
Aisyah Binte Mulyani (2C) Sekolah Menengah Tanjong Katong
106
Harum baunya secangkir kopi, Elok diminum tidak terlena;
Terima kasih Cikgu Hanafi,
Sudi berkongsi ilmu bermakna.
Sudah berkembang bunga melati, Jadi hiasan di atas meja;
Jasa guru harus dihargai, Barulah berkat ilmu di dada.
Rambut ikal disikat rapi,
Bertambah seri gadis yang anggun;
Kalau ilmu sudah mencukupi, Marilah kita berbalas pantun.