Page 107 - Tinta Aksara 2021
P. 107
Pada 11 and 18 Januari 2021, saya dan rakan-rakan saya telah menghadiri sebuah bengkel penulisan syair yang dibimbing oleh Encik Hanafi Idrus. Kami diberikan peluang untuk menunjukkan kreativiti kami melalui hasil karya kami. Melalui bengkel ini, kami juga dapat mempelajari aspek seni budaya Melayu dan bahasa ibunda kami dengan lebih mendalam.
Encik Hanafi telah mendedahkan kami kepada pelbagai jenis irama syair. Contohnya, irama Siti Zubaidah, Dodoi, Narasi, Selendang Delima, Hiasan dan Perang. Encik Hanafi turut mendendangkan sebuah syair mengikut setiap irama yang disebutnya supaya kami memahami perbezaan antara setiap irama.
Setelah itu, Encik Hanafi
mengajar kami cara menulis
syair. Dia menerangkan
kepada kami bahawa
setiap syair mengandungi
empat baris dalam
serangkap dan lazimnya terdapat empat perkataan dalam setiap baris. Setiap baris juga harus mengandungi lapan hingga dua belas suku kata. Berbeza dengan pantun, syair tidak mempunyai pembayang yang diikuti oleh maksud. Selain itu, serangkap syair tidak dapat berdiri sendiri sepertimana dalam satu rangkap pantun. Encik Hanafi memberitahu kami bahawa rima akhir setiap baris dalam sebuah rangkap syair harus sama, iaitu “a-a-a-a”.
Setelah memperkenalkan kami kepada irama dan cara menulis syair, tibalah masanya
untuk kami mengarang syair kami pula. Kami dibenarkan melungsuri Internet untuk mendapatkan inspirasi dan maklumat. Pada mulanya, saya menghadapi kesukaran
Laporan Bengkel Syair
Nur Halimatus Saadiah Binte Md Idros (101) Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
mendapatkan idea untuk syair saya. Namun, dengan bantuan rakan-rakan saya, saya berjaya mengatasi masalah tersebut. Encik Hanafimemberikanmaklumbalasmengenai syair yang telah kami hasilkan.
Saya berasa amat bersyukur dapat menghadiri bengkel syair ini kerana saya dapat mempelajari sesuatu yang baharu. Bengkel ini juga membuat saya lebih menghargai warisan dan budaya Melayu. Saya pasti akan dapat menggunakan apa yang telah saya pelajari pada masa hadapan.
105