Page 105 - Tinta Aksara 2021
P. 105

 Laporan Bengkel Penulisan Pantun
Muhammad Haziq Adly Bin Hirman (203) Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
 Pada 27 dan 28 Oktober 2020, saya dan rakan-rakan Menengah 2 daripada Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang dan sekolah-sekolah pelawat telah mengahadiri sebuah bengkel penulisan pantun. Bengkel ini mengajar kami cara-cara memahami makna dalam pantun dan cara-cara untuk mencipta pantun berdasarkan tema-tema yang diberikan. Kami juga berkesempatan untuk berkongsi pantun-pantun yang telah kami cipta dengan teman-teman kami.
Banyak ilmu yang telah kami raih semasa mengikuti bengkel itu dan keseronokan jelas dapat dirasakan semasa kami berkongsi pantun-pantun kami. Kami telah mempelajari bahawa pantun selalunya digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea atau emosi tentang suatu perkara, dan ia dicipta dengan dua, empat, enam, lapan, atau dua belas baris. Pantun juga seharusnya mengandungi lapan hingga dua belas suku kata dan mempunyai rima berbentuk a-b-a-b.
Pada mulanya, saya berasa keliru apabila diberikan tugasan yang pertama, iaitu untuk mengarang pantun. Saya tidak yakin dengan pantun saya itu kerana ini kali pertama saya mengarang sebuah pantun. Saya berasa malu apabila membacakan pantun kepada kawan-kawan saya. Namun, dengan bantuan dan bimbingan guru yang mengajar kami, saya dapat memperbaik pantun saya dan
kali ini, saya berasa lebih yakin semasa membacakannya kepada rakan-rakan saya.
Kegiatan membaca pantun di hadapan rakan-rakan sekelas telah membina keyakinan diri kami dan menjadikan kami llebih berani apabila perlu membuat sesuatu pembentangan di hadapan orang ramai. Hal ini pastinya akan berguna untuk masa hadapan kami kerana ada banyak situasi memerlukan kmai berkongsi sesuatu idea atau buah fikiran dengan orang ramai. Melalui bengkel ini, saya juga dapat berinteraksi dengan rakan-rakan saya dari kelas yang lain dan berseronok apabila kami mempersembahkan pantun kami bersama-sama. Bengkel ini membawa banyak manfaat kepada kami semua dan turut mendedahkan bakat dan kebolehan kami sebagai pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang.
Secara keseluruhan, bengkel ini sangat bermanfaat kerana kami lebih yakin dengan kebolehan dan keupayaan kami sebagai pelajar. Saya amat berterima kasih kepada guru-guru yang menganjurkan bengkel ini kerana tanpa program ini, mungkin kami tidak akan terdedah kepada budaya Melayu ini, khususnya pantun. Saya dan rakan-rakan saya amat bersyukur kerana mendapat peluang untuk mencipta dan mempersembahkan pantun.
103


























































































   103   104   105   106   107