Page 104 - Tinta Aksara 2021
P. 104

     Pada hari terakhir, Cikgu Hazriq mengajar kami beberapa kaedah improvisasi. Kemudian, dia meminta kami untuk berdiri seorang demi seorang dan mengambil satu kad yang terletak di depan kelas. Kad itu berisi topik-topik penyampaian yang harus kami buat secara spontan, tanpa persiapan. Cikgu Hazriq menerangkan bahawa dengan melatih untuk berbicara secara spontan, kita boleh menyampaikan pemikiran dan pandangan dengan lebih pantas, sekaligus mengurangkan jeda. Setelah melakukan persembahan dengan spontan, peserta bengkel satu persatu berkongsi satu hal yang dipelajari dari bengkel tersebut. Melalui persembahan teman-
teman juga, saya dapat mempelajari apa yang saya patut lakukan dan tidak lakukan.
Pada pendapat saya, bengkel ini berlangsung dengan sangat baik sebab Cikgu Hazriq menerangkan teknik-teknik pengucapan awam dengan menarik. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pula meninggalkan kesan yang mendalam. Saya belajar cara untuk menenangkan diri sebelum membuat penyampaian. Menurut saya, tip ketiga, iaitu mengimbas kembali kejayaan yang diraih pada masa lalu yang paling berguna kepada saya sebab tip ini membolehkan saya untuk berasa lebih yakin ketika melakukan ucapan. Cikgu Hazriq juga membuat saya mulai menghargai kebolehan
dan kebijaksanaan seorang pengucap awam kerana mereka begitu yakin untuk bersuara di depan khalayak ramai. Saya menjadi teruja untuk berlatih dengan lebih gigih bagi mempertingkatkan kebolehan saya memberikan ucapan. Saya berharap kemahiran ini boleh membantu saya untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh merangsang pemikiran
masyarakat.
                                   102





























































































   102   103   104   105   106