Page 103 - Tinta Aksara 2021
P. 103
Pada hari kedua, Cikgu Hazriq selanjutnya menjelaskan beberapa langkah untuk melakukan ucapan. Setelah itu, kami pun menyampaikan sebuah pidato di depan peserta-peserta lain dalam bengkel itu. Cikgu Hazriq menjelaskan langkah selanjutnya, iaitu melakukan beberapa senaman. Cikgu Hazriq mengajar kami cara-cara memanaskan badan menggunakan teknik pentas dan lakonan. Dia menjelaskan bahawa dengan melakukan senaman, kita boleh mengeluarkan adrenalina dari tubuh kita. Jikalau adrenalina tidak dikendalikan dengan baik, ini boleh menyebabkan kegugupan. Kami diajar cara untuk menghirup udara melalui hidung selama lapan kiraan atau saat dan menghembus kembali udara tersebut dalam enam detik agar kami lebih tenang. Dia juga menyuruh kami menggerakkan kepala, tangan dan kaki kami agar kerisauan kami hilang dan ketegangan tidak terasa.
Langkah kelima adalah untuk mengenali peserta atau pendengar pidato kami. Cikgu Hazriq memaparkan tiga jenis golongan ini. Golongan pertama ialah peserta auditori, iaitu peserta yang boleh lebih fokus melalui suara dan pendengaran. Kedua ialah peserta visual, iaitu peserta yang memerlukan rangsangan-rangsangan visual seperti prop atau slaid Powerpoint. Terakhir ialah kinestesis, iaitu peserta yang mementingkan pembelajaran duahala atau interaktif agar boleh mengingati maklumat. Cikgu Hazriq mengingatkan kami betapa pentingnya untuk membuat sebuah persembahan yang merangkumi keperluan tiga jenis peserta tersebut. Dengan melakukan demikian, mutu penyampaian kami lebih berkesan dan pendengar akan memberikan tumpuan sepenuhnya.
Langkah keenam adalah untuk menggunakan cara-cara visual bagi menahan perasaan gugup. Cikgu Hazriq mengatakan bahawa kami boleh membayangkan kami telah berada di pentas dan melihat audiens. Dengan melakukan sedemikian, kami boleh berasa lebih bersedia dan berani untuk melaksanakan penyampaian kami.
Langkah paling terakhir yang dikongsikan oleh Cikgu Hazriq adalah mempersiapkan pembukaan dan penutup. Ada tiga cara untuk memulakan penyampaian. Cara pertama adalah dengan menanyakan soalan retorik audiens. Cara kedua adalah dengan memberikan kata-kata mutiara. Cara ketiga adalah dengan memberikan fakta yang mengejutkan. Cikgu Hazriq beralasan bahawa denganpembukaanyangbaik,pesertaakan lebih tertarik dengan apa yang ingin kita sampaikan. Ketiga-tiga cara itu seakan-akan serupa dengan apa yang telah saya pelajari untuk memulakan karangan ekspositori yang baik.
Kami diberikan masa sekitar 10 minit untuk menyiapkan sebuah skrip penyampaian. Kemudian, beberapa pelajar dengan sukarela dan yakin menyampaikan pidato mereka. Saya pun turut menyampaikan pidato saya. Saya berasa bahawa persembahan saya kurang baik sebab saya kurang berinteraksi dengan audiens. Namun, Cikgu Hazriq memberikan beberapa petunjuk agar saya boleh memperbaik penyampaian saya sehingga saya berasa yakin untuk menjadi lebih baik pada kali kedua.
Sebelumharikeduaberakhir,kamidihadiahi sebuah buku yang mengandungi beberapa cerpen menarik. Cikgu Hazriq juga memberikan tugasan kepada kami, iaitu mempersiapkan ulasan salah satu cerpen yang telah dibukukan. Pada pertemuan ketiga, kami diminta mempersembahkan ulasan cerpen kami.
Hari ketiga, aktiviti mempersembahkan ulasan buku kami. Saya menyampaikan ulasan tentang cerpen ‘Surabaya Joni’ sementara teman sekelas yang lain juga turut tampil untuk mempersembahkan ulasan cerpen mereka. Cikgu Hazriq memberikan maklum balas yang terperinci tentang penyampaian kami dan memberikan cara- cara untuk memperbaik persembahan kami agar menjadi lebih baik dan cemerlang. Sesi ini benar-benar membantu saya kelak apabila membuat ucapan dua minit di depan pemeriksa.
101