Page 101 - Tinta Aksara 2021
P. 101

                                                                                                berasa sangat kagum dan terangsang dengan cerita-cerita yang telah dikongsikan oleh Cik Nor, terutamanya pengalamannya menjaga mangsa remaja perempuan dan perasaan kegagalannya apabila salah seorang remaja perempuan yang telah dijaga telah melarikan diri daripada pusat rawatan tersebut. Ini menyedarkan saya bahawa langit tidak akan selalu cerah tetapi kita tidak boleh berputus asa. Seterusnya, kami telah merumuskan data dan membuat persediaan untuk sesi perkongsian maklumat hasil wawancara yang telah dijalankan dengan kumpulan-kumpulan lain.
Pada pendapat saya, simposium ini berlangsung dengan sangat baik sebab
Puan Lilinlidia menerangkan teknik-teknik penyaringan dalam penulisan dan etika berwawancara dengan menarik. Aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan juga meninggalkan kesan yang mendalam. Saya belajar cara membentuk soalan susulan yang relevan bagi sesi wawancara dan juga mengasah kreativiti untuk mendapatkan maklumat lanjut serta respons yang diingini. Ini membuat saya mulai menghargai kebolehan dan kebijaksanaan seorang pewawancara kerana mereka harus fikirkan soalan mereka dengan teliti untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dan pada masa yang sama, mempunyai keberanian untuk bercakap dengan yakin di hadapan orang yang ditemu duga buat pertama kali.
99































































































   99   100   101   102   103