Page 99 - Tinta Aksara 2021
P. 99
Saya juga harus menggunakan banyak aksi sambil berlakon untuk menjadikan cerita itu lebih menarik. Semasa kali pertama saya berlakon, saya tidak dapat melupakan betapa gementar saya, iaitu sewaktu saya harus membaca skrip di hadapan rakan- rakan saya sebab Mat Jenin seorang watak lelaki. Pada mulanya, saya berasa kekok dan takut kerana tidak dapat menjangkakan apa yang akan terjadi. Namun, disebabkan usaha Encik Anwar untuk menjadikan bengkel itu seronok, saya dapat membiasakan diri saya dalam keadaan sebegini. Encik Anwar selalu akan memberi kami maklum balas untuk mempertingkatkan mutu lakonan
kami. Saya menghargai maklum balasnya kerana dia memberi kami idea tentang cara-cara untuk berlakon dengan lebih baik.
Kesimpulannya, bengkel penulisan skrip dan drama
yang diikuti kami amat bermanfaat, seperti mengenali jenis-jenis dan ruang-ruang pentas serta juga cara-cara
untuk mendapatkan idea cerita
yang menarik. Bengkel ini telah memberi saya peluang untuk mencuba sesuatu yang tidak ramai dapat alami, dan kerana inilah saya berasa bersyukur kerana mendapat
pengalaman sebegini. Saya juga menyedari bahawa saya sebenarnya boleh berlakon jika saya ada kemahuan untuk melakukannya. Bengkel ini telah meningkatkan keyakinan saya dalam lakonan dan bercakap di hadapan khalayak ramai. Saya pasti akan menyertai bengkel-bengkel sebegini jika diberikan peluang kedua.
Saya teruja untuk mempersembahkan skrip drama ini kepada kawan-kawan saya!
97