Page 98 - Tinta Aksara 2021
P. 98

 Laporan Penulisan Skrip & Drama
Seri Erika Binte Mohammad Fazli (2G) Sekolah Tinggi Chung Cheng High (Yishun)
 96
Pada 19 Januari hingga 9 Februari 2021, pelajar Menengah Dua EMAS telah menyertai sebuah bengkel yang sangat bermanfaat bagi kami, iaitu ‘Bengkel Penulisan Skrip & Drama’. Sebanyak enam sesi yang telah dijalankan pada petang setiap hari Selasa dan Khamis. Bengkel tersebut dikelolakan oleh Encik Anwar Hadi yang merupakan seorang pelakon, penulis skrip dan pengarah. Dia telah berlakon dalam beberapa filem, antaranya termasuk ‘Kallang Roar the Movie’ dan ‘Blood Ties’ dan salah satu karya dramanya berjudul ‘Tahyul’.
Bengkel itu dibahagikan kepada dua aspek iaitu, penulisan skrip dan lakonan drama. Sewaktu bengkel dijalankan, kami telah melakukan aktiviti-aktiviti yang seronok supaya lebih selesa dan fokus semasa pengajaran bermula. Semasa sesi penulisan skrip, kami mempelajari jenis-jenis pentas seperti proscenium theatre dan site specific dan juga bahagian-bahagian pentas seperti downstage left dan upstage. Pengajaran yang kami pelajari daripada aspek pentas ini adalah untuk memastikan bahawa semua pelakon mengetahui tempat masing-masing di atas pentas yang paling sesuai untuk tontonan penonton.
Kami telah diajarkan cara menulis skrip, mereka watak protagonis dan antagonis serta mengembangkan idea cerita sebelum diberikan peluang untuk menulis skrip sendiri dalam kumpulan dua sehingga empat orang. Salah satu perkara yang membuat kami sangat tertarik dengan penulisan skrip ialah kebebasan menulis dan kami tidak terikat
pada sebarang unsur, berbanding dengan menulis karangan biasa. Kami diminta membuat kajian tentang watak-watak terkenal daripada cerita rakyat seperti Lebai Malang, Pak Pandir, Mak Andeh, Pak Kaduk, Siti Zubaidah, Tun Fatimah, Hang Jebat serta Hang Tuah dan menggunakan watak- watak ini dalam penulisan kami. Bahagian ini memang menguji aspek kreativiti kami. Melalui aktiviti ini, kami mempelajari cara berfikir luar dari zon selesa masing-masing dan menjadi lebih kreatif. Begitu terhibur kami mendengar pelbagai jalan cerita dan idea daripada setiap kumpulan; ada yang sedih, dramatik dan juga kelakar.
Semasa sesi drama pula, kami belajar tentang bahagian dan pacing, atau gerakan. Lebih tinggi pace itu, lebih cepat kami harus bergerak atas pentas. Untuk memastikan kami faham tentang dua perkara itu, Encik Anwar mengajar kami kemahiran ini melalui permainan yang menyeronokkan. Selepas itu, kami berbincang tentang lakonan itu. Kami harus melakonkan salah satu skrip daripada karya kami. Saya berasa sedih kerana skrip kumpulan saya tidak dipilih. Namun skrip yang terpilih itu sangat lucu dan menarik!
Saya memilih untuk berlakon sebagai Mat Jenin, seorang deuteragonist cerita itu. Saya suka berlakon sebagai watak tersebut kerana sifatnya tidak berbeza daripada watak saya sendiri dan wataknya juga ada banyak dialog. Dengan itu, saya dapat mempertingkatkan keyakinan saya kerana saya harus melantunkan suara di samping memilih intonasi yang betul semasa berlakon.


























































































   96   97   98   99   100