Page 96 - Tinta Aksara 2021
P. 96

 94
terduduk Kassim dibuatnya. Kalau begitu, habislah rancangan Kassim untuk terus mengaup keuntungan sendiri. Waktu itu, berkobar-kobar Munir berjanji kepada Kassim untuk menghantar bekalan kuih selepas Kassim berjanji dan memberikan jaminan kepada Munir bahawa dia akan memberikan keuntungan komisyen sebanyak 30% jika Munir memberikan bekalan kuih Melayu kepada Kassim.
Tanpa berfikir panjang, Kassim cuba mencari jalan lain. Dia teringat nombor telefon sebuah lagi syarikat yang membuat dan membekalkan kuih-muih Melayu. Namun, panggilan itu tidak terjawab. Tiada seorang pun yang membalas panggilannya apatah lagi menjawab mesejnya. Terfikir dalam diri Kassim ini; dari manakah punca semua kejadian ini? Silapnya? Silap dirinya sendiri?
“Maafkan aku, Latif. Aku kesal dengan perbuatanku itu. Aku malu untuk bersemuka dengan engkau. Aku tahu, aku banyak berdosa denganeng kau. Kalau bukan engkau yang berikan bekalan kuih, aku tidak akan berjaya. Aku harap, kau dapat berikan aku peluang kedua supaya aku dapat menebus kesalahanku,” ligat jari-jemari Kassim menekan butang telefon bimbitnya yang ditujukan kepada Latif.
Kassim sangat bertuah sekali. Jika bukan kerana ketulusan hati Latif, Kassim bermungkinan tidak dapat dimaafkan lagi. Kassim sedari, rezeki yang diperoleh tanpa kejujuran tidak akan membawa rezeki yang halal. Dia akur bahawa untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya bukanlah mudah dan rezeki tidak akan datang bergolek. Apa pun halnya, Kassim berjanji kepada dirinya untuk terus berniaga dengan amanah.






























































































   94   95   96   97   98