Page 95 - Tinta Aksara 2021
P. 95

 Kassim Peniaga Penipu
Sheryn Sorfyna Binte Abdul Saini (2F) Sekolah Menengah Tanjong Katong
 Kassim sudah lama hendak memulakan perniagaannya sendiri. Dia hendak menjual kuih-muih yang pelbagai jenis. Kassim sedar sebenarnya bukan mudah untuk menceburi bidang perniagaan. Namun, dia teruskan juga niatnya. Tekad yang ada pada diri Kassim sungguh mendalam ibarat menggenggam bara api biar sampai jadi arang. Selepas beberapa minggu dia mencari modal, memilih tempat berniaga dan mencari pembekal bagi perniagaannya, akhirnya, impian Kassim tercapai juga. Kassim berjaya mendapatkan pembekal kuih-muih yang akan membekalkan kuih-muih untuk dijual. Antara janji manis yang diberikan Kassim kepada pembekal itu termasuklah janji untuk memberikannya komisyen.
Walaupun baru hanya sebulan sejak Kassim memulakan perniagaannya, kerja keras Kassim membuahkan hasil. Dia telah mendapat keuntungan bersih sebanyak beribu dolar! Senyuman lebar terukir di bibirnya. Seperti yang dijanjikan, dia sepatutnya harus berkongsi keuntungannya dengan pembekal. Namun, dia berdiam diri dan tidak berbuat demikian. Beberapa hari kemudian, pembekalnya telah menghubunginya untuk cuba mendapatkan haknya daripada Kassim. Namun, Kassim tetap tidak memberikannya. Kassim cuba mencari pelbagai helah untuk tidak memberikan komisyen kepada pembekal tersebut. Ternyata, wang dan keuntungan yang diperolehnya telah membutakan hati Kassim. Kassim tidak tulus dan telah memungkiri janjinya. Kassim berasa dirinya bertuah kerana pembekalnya hanya reda dengan nasibnya itu.
Pada suatu hari, pembekal kuih kepada Kassim, Latif, telah berjumpa dengan para pembekal kuih yang lain. Dia tidak mahu mereka semua menerima nasib yang serupa dan menjadi mangsa Kassim, Latif menceritakan pengalamannya berurus niaga dengan Kassim. Hidup mereka bukanlah mewah. Rezeki mereka amat bergantung kepada komisyen yang diterima selepas peniaga seperti Kassim memberikan bayaran bagi kuih-muih yang dibekalkan. Nampaknya, mereka semua turut merasakan keperitan Latif yang telah ditipu oleh Kassim. Pembekal yang lain semua tidak lagi mempercayai Kassim dan mereka sepakat untuk memulaukan perniagaan Kassim dan tidak mahu berurusan lagi dengan Kassim. Manusia durjana seperti Kassim memang patut diajar. Kassim yang telah menjadi hamba kepada wang dan kekayaan sehingga lupa daratan dan tidak amanah.
Beberapa hari kemudian, ketika Kassim menunggu Munir tiba di hadapan kedainya. Seingatnya, Munir akan menghantar bekalan kuih kepada Kassim pada pukul 10 pagi. Namun, sudah pukul 11 pagi dan batang hidung Munir masih belum kelihatan. Hairan Kassim dibuatnya. Baru sahaja dia ingin menghubungi Munir, tiba-tiba satu mesej pesanan ringkas diterimanya.
“Maaflah, Kassim. Saya tidak dapat nak tunaikan janji saya untuk membekalkan kuih kepada awak. Saya terpaksa menarik diri kerana kemungkinan besar, saya sudah tidak mahu berniaga kuih lagi,” tercatat mesej Munir kepada Kassim. Tergamam dan
93



























































































   93   94   95   96   97