Page 94 - Tinta Aksara 2021
P. 94
92
Tiga tahun yang lalu, kafe aku baru sahaja setahun jagung. Waktu itu, ramai pelanggan yang kerap mengunjungi kafeku. Namun, cabaran mula bertandang apabila kafe Siti dibuka. Bagi aku, kafenya merupakan saingan ketat. Rasa cemburu meluap-luap setiap kali aku melihat kafe Siti dipenuhi pelanggan. Sebenarnya, Siti selalu bertegur sapa dengan aku. Tapi, aku mual melihat wajahnya. Perampas! Bagi aku, dia perampas pelangganku, pelanggan setiaku.
Entah kenapa, aku seolah-olah dirasuk syaitan. Tegar aku menabur kata-kata berbaur fitnahterhadapperniagaanSitikepadapara pelangganku.
“Awak semua sudah cuba kafe di seberang jalan tu? Hati-hati kalau nak makan. Jangan nanti sakit perut pulak dek menjamu makanan yang tidak bersih di situ. Ada pelanggan yang pernah ke sana cakap, kedai tu letak bahan- bahan masakan di lantai,” aku menghasut para pelanggan yang menjamu selera di kedaiku. Itulah padahnya.
Siapa suruh Siti buka kedai bertentangan dengan kafe aku? Memang dia cari nahas. Tanpa kusedari, sebenarnya, kata-kataku itu bakal memakan tuannya sendiri.
“Ahhh! Lipas!”
Pekikan daripada seorang pelangganku memecahi kesunyian di dalam kafeku. Dengan perasaan curiga, aku menuju ke meja pelanggan tersebut untuk melihat mangkuknya. Jantungku berdegup pantas ketika aku melihat seekor lipas sebesar saiz duit syiling 50 sen berenang-renang di dalam semangkuk sup cendawan milik pelanggan tersebut. Pelanggan-pelanggan lain turut berasa mual dan satu per satu mereka meninggalkan kafe.
“Awak kalau nak jalankan perniagaan, biarlah amanah dan bertanggungjawab. Janganlah asyik fikirkan keuntungan sahaja sehingga kebersihan diabaikan. Kalau beginilah
keadaan kafe awak, memang saya tidak akan kembali ke sini lagi!” ujar pelanggan tersebut tanpa mendengar penjelasan daripada aku.
Tidak lama selepas kejadian itu, pihak Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) tiba di premis kafeku. Ternyata, pelanggan tadi tidak mengambil remeh tentang perkara yang terjadi. Terkejut aku melihat beberapa ekor lipas di satu sudut dapur kafe. Surat saman pun dilayangkan kepada aku setelah mereka melakukan pemeriksaan. Aku dikenakan saman sebanyak $10,000 dan diarahkan tutup kedai selama seminggu menjalankan pembersihan. Sama ada aku langsaikan saman berjumlah $10,000 atau aku akan dipenjarakan selama 2 tahun. Mana aku ada duit sebanyak itu untuk membayar saman! Perniagaanku sudahlah tak buat untung!
Fikiranku buntu. Tiba-tiba Siti tercegat di luar pintu. Aku membuka pintu kafeku yang terkunci.
“Manisah, ambil wang $10,000 ini. Saya tahu awak perlukan duit ini. Saya dengar berita tentang kafe awak daripada salah seorang pekerja awak. Saya faham masalah awak kerana kita sama-sama berniaga. Bukan mudah. Tapi, saya yakin, awak dapat mengharunginya dengan tabah. Memang sudah menjadi adat berniaga, ada pasang dan surutnya. Sudah memang menjadi tanggungjawab saya membantu rakan-rakan seperjuangansepertiawak,Manisah,”jelas Siti.
Mulia sungguh hati Siti. Aku yang busuk hati. Aku yang tidak senang dengan Siti, sedangkan rezeki itu di tangan Tuhan. Tuhan yang mengurniakan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Malu aku dibuatnya. Aku memohon maaf kepada Siti. Aku ceritakan duduk perkara sebenar tentang perasaanku terhadap Siti lalu aku meminta maaf daripadanya. Aku malu. Benar-benar malu terhadap Siti. Dengan duit Siti itulah aku terselamat daripada meringkuk di sebalik jeriji besi.