Page 92 - Tinta Aksara 2021
P. 92
90
dari rumah untuk ke rumah Ibu. Mutiara jernih mula mengalir di pipiku.
“Ibu! Tira di sini, Ibu tolong buka pintu. Ibu? Ibu!”
Siren ambulans yang kedengaran dari dalam kenderaan itu membuat aku bertambah cemas. Mengapakah boleh berlaku begini? Baru sahaja aku ingin berjumpa dengan Ibu. Manik-manik peluh membasahi seluruh tubuhku. Aku tergamam tidak terkata.
Aku duduk di sisi katil Ibu di hospital. Mujurlah doktor berkata Ibu tidak apa-apa, hanya sekadar keletihan. Namun jika begitu, mengapakah Ibu masih belum sedarkan diri? Berapa terukkah keadaannya sehingga dia boleh pengsan di lantai dapur? Sudah berapa lamakah dia terbaring di situ? Seribu satu soalan berlegar-legar di mindaku. Aku sedar bahawa aku belum mengerti akan hadirnya cinta terindah. Aku sanggup memulaukan ibuku. Kini, aku menyesal. Aku ingin Ibu memeluk mesra tubuhku lagi, seperti mana Ibu pernah lakukan dahulu.
Ibu seakan-akan mendengar rayuanku. Selepas tiga jam, Ibu akhirnya sedarkan diri. Tanpa berlengah, aku terus menerjah dan mendakap Ibu. Pelukan kedua-dua belah tangan ibuku yang kini kurus kering masih mampu memberikan ketenteraman yang luar biasa. Aku pun dengan pantas meminta maaf kepada Ibu akibat sikapku yang telah mengecewakannya. Aku berjanji kepada Ibu untuk menjaganya dengan sepenuh hatiku. Aku sedar bahawa aku tidak patut terus memilih untuk tinggal bersama Ayah hanya kerana isteri baharunya itu kaya. Aku sedar bahawa aku perlu melakukan pertimbangan yang teliti. Aku tidak mahu hidup tanpa kehadiran Ibu.
Aku pun merehatkan kepalaku di paha Ibu. Aku berasa sungguh tenang sewaktu Ibu mengusap-usap kepalaku sambil meluahkan perasaannya terhadap aku dengan menyanyikan lagu kegemarannya.
Aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku di setiap langkah yang meyakiniku aku tercipta untukku sepanjang hidupku