Page 90 - Tinta Aksara 2021
P. 90
Lemak Manis Jangan Ditelan, Pahit Jangan Dimuntahkan
Mira Ayumi Shareef (2F) Sekolah Menengah Tanjong Katong
88
“Ibu, bangunlah Ibu! Jangan tinggalkan Tira macam ini, Ibu! Tira kesal. Tira tahu Tira salah.Tolonglahbangun,TirarindukanIbu!” teriakku sambil menggenggam erat tangan ibuku.
Sudah hampir tiga jam aku duduk di sisi katil putih ibuku yang terletak di antara dua katil pesakit lain. Sudah hampir tiga jam aku duduk bersendirian menemani dia sambil titik-titik jernih tidak henti-henti mengalir di pipiku. Aku kesal. Sungguh kesal. Kunjungan aku ingin berjumpa dengan Ibu untuk meminta maaf dan merasakan belaian kasihnya yang amat kurindui tidak kesampaian.
Sejak dahulu, keluarga kecilku menghadapi banyak masalah kewangan. Maklumlah, ibuku bekerja sebagai seorang pekerja pembersihan di sekolah berdekatan rumahku dan ayahku pula seorang pemandu Grab sahaja. Kereta yang digunakan pun hanya kereta sewa semata-mata. Bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada tetapi aku penat dengan kehidupan yang serba kekurangan. Di sekolah pula, aku tidak mempunyai kawan kerana mereka semua kononnya jijik dengan orang yang miskin seperti aku. Di rumah pun aku keseorangan kerana aku seorang anak tunggal. Apatah lagi batang hidung ibu dan ayahku, memang susah kelihatan. Hubungan kami bertiga tidak begitu rapat seperti dahulu. Ibu dan Ayah juga kelihatan seperti mereka sedang menyembunyikan sesuatu daripada aku.
Namun pada hari itu, mereka memberitahu aku bahawa mereka ingin bercerai.
Kononnya, mereka sudah tidak sehaluan lagi. Sudah tentunya aku sedih, resah, hiba, tetapi sebenarnya aku memang sudah menjangkakannya.
Dalam tempoh hari penceraian mereka bakal disahkan, aku diberikan peluang untuk bergilir-gilir ke rumah Ibu dan Ayah tetapi akhirnya aku perlu memilih dengan siapa aku ingin tinggal. Memang aku tidak mahu membuat keputusan itu. Aku tidak begitu peduli. Hatiku sudah sebal.
Namun fikiranku berubah apabila Ayah membawa seorang wanita untuk berjumpa dengan aku. Wah, sungguh bergaya wanita itu! Siapakah dia? Pakaiannya juga kelihatan bergaya dan agak mahal. Tidak seperti baju lusuh dan buruk yang selalu dipakai oleh Ibu. Ternyata, Ayah memperkenalkan wanita itu sebagai ibu tiriku. Aku terpaku. Ibu tiriku kaya. Dalam perjumpaan kami yang pertama sahaja, dia memberikan kepada aku hadiah sepasang kasut yang berjenama. Tanpa banyak berfikir, aku sudah tahu pilihanku. Tentulah Ayah. Aku yakin ibu tiriku boleh membawa aku keluar daripada kehidupanku yang penuh dengan kesusahan yang selama ini membuat aku sengsara. Lagipun, Ibu berpendapatan kecil dan Ibu semakin uzur. Aku tidak berdaya untuk menjaganya.
Sejak berjumpa dengan ibu tiriku, aku sudah tidak menghiraukan ibu kandungku lagi. Aku tidak mahu kehadirannya memusnahkan keselesaan yang aku miliki sekarang. Panggilan telefonnya tidak kujawab. Mesejnya tidak kubalas. Aku pun jarang-