Page 91 - Tinta Aksara 2021
P. 91
jarang ke rumahnya lagi. Aku seperti sudah memutuskan segala hubungan dengan Ibu. Aku bagaikan kacang lupakan kulit. Aku memberitahu Ayah bahawa aku sudah tidak mahu berjumpa dengan Ibu lagi. Aku sudah malas dan muak. Memori-memori kami semuanya aku hapus begitu sahaja kerana ada satu sahaja dalam mindaku pada saat itu, kemewahan.
Malangnya, semakin lama aku duduk bersama Ayah dan ibu tiriku, semakin sengsara aku rasakan. Aku sering dilupakan dan ditinggalkan apabila Ayah keluar bersama ibu tiriku, yang kini
aku gelar Mama. Aku ditinggalkan bersama adik-beradik tiriku. Aku disuruh untuk melakukan segala kerja rumah tanpa bantuan sesiapa persis seperti seorang pembantu rumah. Mama
tidak pernah memberikan
kasih sayang seperti yang
diberikan kepada anak-
anak kandungnya.
Dia hanya berpura-pura
cakna akan diriku di depan
Ayah. Mama memang talam
dua muka. Aku berasa bahawa semuanya tidak adil. Aku juga ingin dilayani sama rata. Sudah berkali-
kali mereka mengabaikan aku sebegini. Kehidupan selesa dan bahagia yang aku harapkan tidak menjadi realiti. Mungkin ini yang dipanggil karma.
Aku mula merindui Ibu. Sering kali aku terkenang masa-masa kami bersama. Pada petang itu, seperti biasa, aku ditinggalkan di rumah seorang diri lagi. Ketika aku sedang mengemas rumah, dengan sekonyong- konyong lagu yang selalu nyanyikan Ibu setiap hari sewaktu aku kecil berkemundang di radio - “Tercipta Untukku” oleh kumpulan Ungu. Aku terhenti seketika, terpaku. Mindaku dipenuhi oleh memoriku bersama Ibu. Dengan segera aku menyelinap keluar
89