Page 88 - Tinta Aksara 2021
P. 88

 Kekecewaan Yang Tak Dapat Dibendung
Iman Natasha Shaiful Khairi (4C) Sekolah Menengah Tanjong Katong
 86
“Tahniah, Azlina!”
Aku asyik terbayang-bayang puluhan ucapan yang membanjiri ruang media sosial aku apabila aku berjaya suatu hari nanti. Impianku semenjak aku berusia 18 tahun adalah untuk berjaya dalam industri perniagaan. Setelah berusaha selama empat tahun, akhirnya, aku dapat meneruskan rancanganku untuk membangunkan syarikat sulung aku. Aku membuka sebuah gerai makanan yang terletak di Bedok. Aku sedar bahawa aku harus mempunyai modal yang besar dan seorang pelabur yang akan menolong aku membangunkan perniagaan tersebut. Terlalu banyak persoalaan yang muncul dalam kotak fikiranku. Bagaimanakah aku mampu mendapatkan sumber-sumber yang secukupnya dengan wang simpananku yang sedikit?
“Adakah engkau pasti bahawa perniagaan engkau itu akan berjaya? Apakah yang akan berlaku jika engkau jatuh muflis nanti?” Kakakku telah mempersoalkan kemampuanku kerana dia kurang yakin akan kebolehanku.
Aku tidak menyangka bahawa darah dagingku sendiri tidak menyokong impianku dan tidak mempercayakan potensiku. Namun, aku mahu membuktikan bahawa aku mampu maju dan berjaya daripada hasil titik peluhku sendiri. Aku sanggup melakukan segala- segalanya demi mencapai keinginanku.
Setelah dua bulan, aku berjaya merasmikan geraiku - Dapur Azlina. Aku amat ghairah. Aku tidak sabar untuk disambut oleh pelanggan-
pelangganku. Aku telah menggunakan hampir kesemua wang simpananku. Aku berharap perniagaan ini dapat mendatangkan faedah yang sebanyak mungkin hasil daripada penjualan makanan di geraiku. Sebenarnya, aku berasa tidak sedap hati untuk membuka gerai tersebut. Hati nuraniku telah memberitahu aku supaya mendapatkan kembali segala wang tunai yang aku telah gunakan demi perniagaanku itu. Akan tetapi, aku tidak menghiraukan perasaan itu oleh sebab aku hanya mempunyai satu matlamat: aku ingin berjaya.
Namun, setelah sebulan, perniagaanku kurang mendapat sambutan. Perasaan hampa mula menyelimuti aku. Aku tidak menyangka bahawa aku akan gagal seperti ini. Adakah para pelanggan sudah bosan dengan menu masakan aku? Aku merasakan segala kejayaanku musnah dalam sekelip mata. Keuntungan dan jumlah pelanggan yang mengunjungi geraiku semakin susut. Bagaimanakah aku dapat meneruskan perniagaanku setelah aku dilanda musibah? Aku tidak mahu merana seperti ini. Tiba-tiba, aku menerima panggilan daripada pihak berkuasa.
“Maaf,Puan.Pihakpolismendapatibahawa rumah Puan telah dirompak pagi tadi. Hal ini telah dilaporkan oleh salah seorang jiran Puan. Perompak tersebut juga telah mengeluarkan sejumlah wang simpanan Puan dari dalam akaun bank Puan,” pegawai polis menyampaikan berita yang amat mengecewakan itu kepadaku.
























































































   86   87   88   89   90