Page 86 - Tinta Aksara 2021
P. 86

  Aku termenung jauh ke arah langit melalui jendela bilikku. Tiba-tiba, ingatanku kembali menjangkau sebuah peristiwa pahit yang dilalui oleh nenekku, Siti Aminah. Bak kata pepatah, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis, inilah peribahasa yang tepat untuk menggambarkan peristiwa pahit tersebut.
Nenekku, Siti Aminah, sudah berusia 70 tahun. Walaupun dia telah lanjut usia, Nenek tetap bekerja keras tanpa mengenal erti penat. Pada waktu siang, Nenek akan keluar bekerja sebagai pekerja pembersihan di pasar berdekatan dengan rumahnya. Namun, disebabkan gaji yang kecil, Nenek juga bekerja sambilan sebagai seorang pencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran. Setiap kali Nenek pulang dari tempat kerja, matanya kelihatan layu. Aku boleh mendengar batuk di aspal sepi ketika Nenek sedang tidur. Sebagai cucunya, aku prihatin akan kesihatannya. Nenek bekerja keras demi mencapai impiannya untuk mengerjakan ibadah umrah. Nenek bertekad untuk bekerja keras demi mengumpul wang. Usaha dan kerja keras Nenek membuat
aku bangga dan malu sekaligus.
Setelah beberapa tahun bekerja
dan menabung wang simpanannya, Nenek bersyukur kerana wang simpanan di akaun banknya cukup
untuk membayar kos pakej ibadah umrah, termasuk tiket penerbangan
ke kota Madinah dan kos penginapan di sana. Nenekku merancang untuk berjumpa dengan Ustaz Din, pemilik agensi Dinaz Travels Pte Ltd. Ibu menyarankan kepada
Nenek supaya membuat pembayaran umrah dalam talian sahaja kerana prosesnya lebih mudah. Namun, Nenek berasa bimbang akan terjadinya satu penipuan dalam talian; sekiranya maklumat peribadinya digunakan untuk urus niaga palsu. Nenek mengambil keputusan untuk membuat pembayaran ibadah umrah secara langsung di agensi itu sahaja.
Musnahnya Pengorbanan Nenek
Muhammad Akhmal Bin Salleh (2E) Sekolah Menengah Tanjong Katong
                                                                                   84
























































































   84   85   86   87   88