Page 87 - Tinta Aksara 2021
P. 87
Tambah Nenek, dia sebenarnya sudah mengenali Ustaz Din selama enam tahun. Ketika Nenek berusia 64 tahun, Nenek telah menyertai kelas agama yang dibimbing oleh Ustaz Din. Menurut Nenek, Ustaz Din merupakan seorang yang ikhlas dan bersedia untuk membantu sesiapa saja. Pernah sekali, Ustaz Din telah membantu Nenek dari segi kewangan dengan membeli barang keperluan dapur baginya. Nenek amat menghargai sumbangan ikhlas Ustaz Din.
Sewaktu aku dan Nenek pergi berkunjung ke agensi umrah itu, Ustaz Din sedang sibuk melayan pelanggan-pelanggan lain yang berminat untuk menjalankan ibadah umrah pada tahun depan. Setelah Ustaz Din selesai dengan urusan mereka, tiba gilirannya untuk melayan kami pula. Ustaz Din gembira apabila melihat Nenek dan terus melayani kami dengan tangan terbuka. Rancak sekali perbualan antara Ustaz Din dengan Nenek mengenai pakej ibadah umrah yang ditawarkan di agensinya. Ustaz Din menerangkan kepada kami dengan bersungguh-sungguh harga pakej-pakej yang ditawarkan amat berpatutan sekali.
Lagipun, memandangkan Nenek amat rapat dengan Ustaz Din, kami diberikan diskaun tiket penerbangan dan peluang untuk menunaikan ibadah umrah sebagai tetamu istimewa di kedutaan Arab Saudi sekiranya kami membayar wang tambahan sebanyak $1000. Tanpa berfikir panjang, Nenek bersetuju lalu membayar wang tambahan itu.
Diam tak diam, sudah sebulan Nenek menunggu khabar berita tentang ibadah umrah yang telah dibayarnya itu. Namun, masih belum ada sebarang khabar. Nenek sudah mencuba berkali-kali untuk menghubungi Ustaz Din tetapi tiada jawapan. Ketika aku sedang sibuk membaca surat khabar Berita Harian, barulah semua pertanyaan terjawab.
Terpampang pada muka surat pertama akhbar Berita Harian. “Ustaz Dinaz Bin Daud telah didakwa di makhamah atas tuduhan penipuanpakejumrah”mencuriperhatianku. Ternyata, Ustaz Din telah menipu duit warga emas seperti Nenek. Mata Nenek sudah mengembang besar lalu dia melepaskan juraian air yang tersekat setelah mendapat tahu tentang berita itu. Impian Nenek untuk menunaikan ibadah umrah telah hancur. Nenek tidak menyangka bahawa dia boleh tertipu dengan insan yang mulia dan dipercayai dalam hidupnya.
Segala waktu dan tenaga yang Nenek korbankan demi mengumpul duit untuk menampung biaya umrahnya hilang begitu sahaja. Jijik. Jijik sungguh kelakuan Ustaz Din yang ibarat musang berbulu ayam. Harapkan pagar, pagar yang makan padi.
85