Page 100 - Tinta Aksara 2021
P. 100
Laporan Simposium EMAS
Muniba Shara (4/4) Sekolah Menengah Anderson
98
Simposium EMAS: Penyaringan dalam Penulisan yang dihadiri oleh pelajar-pelajar EMAS telah dilaksanakan oleh Puan Lilinlidia Abdul Hamid, seorang penulis skrip kanan di Eaglevision, Mediacorp Pte Ltd. Bengkel ini berlangsung pada 15 April dalam persidangan video Zoom.
Tujuan simposium ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang peri pentingnya proses penyaringan maklumat dalam penulisan; sama ada penulisan ekspositori mahupun penulisan naratif. Kemahiran ini dapat membantu pelajar untuk memastikan bahawa penulisan mereka terarah dan tidak menyimpang atau menyeleweng. Dengan mempertingkatkan kemahiran ini, pelajar akan dapat menghasilkan penulisan yang tuntas dan bertepatan dengan matlamat utama penulisan tersebut. Pada masa yang sama, pelajar juga dapat meningkatkan keyakinan diri; mengenal pasti etika berwawancara; membentuk soalan susulan untuk mendapatkan maklumat lanjut; mengasah kemahiran berfikir untuk mencerna soalan yang relevan bagi sesi wawancara; dan akhirnya, mengasah kemahiran bertutur untuk mendapatkan respons yang diingini.
Dalam aktiviti berkumpulan, kami berbincang untuk membuat keputusan tentang senarai soalan wawancara yang kritikal untuk diutarakan. Soalan-soalan ini akan ditanyakan kepada pelbagai personaliti untuk mendapat maklumat yang diperlukan dengan fokus kepada perkara yang ingin kami ketahui tentang personaliti tersebut. Contoh perkara-
perkara yang harus kami ketahui ialah detik personaliti mula-mula ingin menceburi bidang yang diminati, cabaran yang dihadapi sepanjang jalan, langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran itu, sifat terpenting yang perlu ada untuk memastikan kejayaan dan maklumat tambahan yang berkaitan dengan bidang personaliti tersebut. Selepas ahli kumpulan menyenaraikan soalan-soalan, personaliti-personaliti itu akan menyertai kumpulan pelajar di sesi Zoom untuk memulakan wawancara.
Aktiviti kedua adalah sesi wawancara dengan personaliti-personaliti ternama di Singapura. Pelajar-pelajar diasingkan kepada 11 kumpulan dengan personaliti berbeza- beza. Saya berpeluang bertemu dengan Cik Nor Djannah Djohan, seorang pekerja sosial yang bertugas selaku seorang mentor di Dayspring Residential Treatment Centre. Antara tugasnya termasuklah membimbing dan memberikan sokongan kepada para remaja perempuan yang menjadi mangsa keganasan fizikal dan emosi.
Kumpulan saya bertanyakan tentang cabaran yang dihadapi oleh Cik Nor Djannah dalam kerjayanya dan langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran. Saya mempelajari bahawa Cik Nor telah menghasilkan sebuah buku bernama ‘Diari Ryann’ yang menyentuh hal-hal bersangkutan dengan autisme dan mendedahkan perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk memahami golongan autisme. Tujuan menghasilkan buku tersebut adalah untuk membantu pembentukan sebuah masyarakat yang lebih inklusif. Saya