Page 102 - Tinta Aksara 2021
P. 102

 Laporan Bengkel Pengucapan Awam
 100
Bengkel Pengucapan Awam yang dihadiri oleh pelajar-pelajar EMAS telah dibimbing oleh Encik Hazriq Idrus, seorang pengucap awam yang berpengalaman di Singapura. Bengkel ini berlangsung pada 19, 21, 26 dan 28 Januari di Sekolah Menengah Anderson. Bengkel ini diadakan dengan harapan untuk mendedahkan pelajar-pelajar EMAS kepada asas pengucapan awam dan memupuk keyakinan pelajar ketika berucap di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, bengkel ini juga mengetengahkan teknik-teknik berguna dalam ucapan dan membolehkan para pelajar mempraktikkan apa yang mereka pelajari melalui penyampaian ucapan di hadapan rakan-rakan mereka.
Cikgu Hazriq, panggilan kami untuknya, berkongsi pengalamannya ketika dia mula melakukan pidato. Pengalaman peribadinya mengurangkan kerisauan kami kerana seorang pemidato berpengalaman seperti Cikgu Hazriq juga pernah berasa gugup dan takut ketika berbicara di depan umum. Ini membuat saya yakin bahawa apa yang saya rasakan ialah sesuatu yang biasa pada awalnya tetapi jikalau saya cekal berlatih, keyakinan dan kemahiran pasti tersemai bak kata peribahasa, belakang parang jika diasah, lagikantajam. Pada pertemuan pertama, Cikgu Hazriq mengupas beberapa langkah yang harus dilalui saat mempersiapkan diri secara mental dan fizikal dengan begitu terperinci.
Langkah pertama adalah untuk mengawal minda. Cikgu Hazriq menjelaskan bahawa minda kita memiliki dua kebiasaan, iaitu
Aurelia Pasha (4D-6) Saint Joseph Convent
kebiasaan atau mode ‘fight’ yang bermaksud menantang atau ‘flight’ yang bererti melarikan diri. Cikgu Hazriq menjelaskan bahawa kita harus mengubah cara pemikiran kita agar ketika kita akan melakukan ucapan awam, otak kita akan berada di mod ‘fight’ sehingga kita boleh menantang dan menepis segala kegugupan yang wujud.
Langkah kedua adalah untuk mempersiapkan isi kandungan ucapan secara terperinci. Cikgu Hazriq menerangkan bahawa sebelum membuat pidato atau ucapan, kita harus mempersiapkan isi-isi kandungan agar kita berasa lebih percaya diri dan lebih bersiap untuk membuat penyampaian dengan bijak. Alhasil, rasa gugup pun hilang apabila keyakinan pada isi yang ingin disampaikan meningkat. Maklumlah, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Justeru, ilmu pengetahuan itu penting untuk meyakinkan diri kita dan audiens.
Langkah terakhir yang dijelaskan pada hari itu adalah mengingat segala kejayaan yang kami alami pada masa lalu. Cikgu Hazriq membimbing kami menulis dan mengimbas kembali apa sahaja kejayaan yang telah kami alami. Kemudian, dia meminta kami berkongsi di kelas tentang beberapa kejayaan kami. Cikgu Hazriq menjelaskan bahawa dengan mengingat kembali apa yang telah kita lakukan dengan berjaya, kita juga akan percaya bahawa kita pasti akan berjaya melakukan ucapan awam. Mulakan dengan pemikiran yang postif dengan mengimbas semula kejayaan kita yang dahulu.


























































































   100   101   102   103   104