Page 116 - Tinta Aksara 2021
P. 116

 Ulasan Cerpen: Putik Kasih Sudah Berkembang
Angelica Lionny (4/5) Akasyah Shahrin (4/5) Sekolah Menengah Anderson
  114
Cerpen ‘Putik Kasih Sudah Berkembang’ mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang sudah berusia dan tinggal di sebuah desa di Batu Pahat. Biarpun pada pandangan mata masyarakat kota bahawa kehidupan di desa susah dengan pelbagai kekurangan dalam kehidupan, pasangan ini tidak terjejas dengan kesusahan itu. Mak Yah dan Pak Lang tetap teguh hidup bersama menghadapi kesukaran mengharungi musim tengkujuh walaupun dipinggirkan oleh anak- anak mereka yang kini hidup di kota. Namun demikian, kasih sayang antara sepasang suami isteri ini diuji dengan kehadiran seekor kucing bernama Tumpuk dan kejadian mereka diserang oleh seekor ular sawa pada suatu malam.
Cerpen ini menimbulkan pelbagai persoalan yang menyalurkan pembaca kepada pelbagai pengajaran yang berkaitan dengan kekuatan dan kelemahan manusia, kepentingan hubungan yang erat antara suami isteri serta kasih sayang yang terjalin terhadap haiwan peliharaan. Pengajaran-pengajaran ini tidak
memisahkan masyarakat kampung dalam cerita dengan golongan pembaca di kota tetapi menyatukan dan menyedarkan akan persamaan dua kelompok manusia daripada latar yang berbeza.
Persoalan pertama yang mencelikkan mata pembaca ialah tentang kekerdilan manusia dalam menghadapi iklim yang dikuasai oleh Tuhan. Persoalan ini jelas dipaparkan apabila penulis mengatakan bahawa musim tengkujuh tidak pernah memaafkan kawasan rumah Mak Yah dan Pak Lang. Para penduduk di daerah Batu Pahat hanya boleh menerima kehendak Tuhan dengan hati terbuka. Mereka tidak dapat melawan atau menghentikan malapetaka itu tetapi hanya boleh bersiap sedia dengan membuat rakit daripada batang pisang untuk mengapungkan binatang ternakan dan mengalihkan tanaman-tanaman ke dalam tin atau periuk buruk agar dapat disusun atas para-para tinggi. Kejadian ini menunjukkan ketidakupayaan manusia melawan kehendak Tuhan. Daripada ketidakupayaan ini pula,




























































































   114   115   116   117   118