Page 118 - Tinta Aksara 2021
P. 118
ini kurang baik kerana membuat suaminya berasa tidak dihiraukan tetapi kemudiannya, Mak Yah telah bertungkus lumus berjuang untuk menyelamatkan suaminya pada malam suaminya diserang oleh seekor ular sawa. Perjuangan sengit sehingga Mak Yah digambarkan seperti sudah hilang sifat keperempuannnya itu untuk membuktikan kasih sayang Mak Yah terhadap Pak Lang. Kejadian itu juga tentu sekali menyedarkan Pak Lang bahawa Mak Yah
masih tetap menyayangi dirinya. Persoalan ini memutikkan pengajaran dalam benak hati bahawa janganlah kita asyik dengan sesuatu yang disukai sehingga melalaikan tanggungjawab kita kepada orang lain. Selain itu, dapatlah juga diraih pengajaran agar janganlah kita bertanggapan buruk terhadap pasangan kita apabila mereka lalai melayani kita. Ini kerana manusia tidak pernah sempurna dan pasti akan melakukan kesilapan atau kelalaian.
Selanjutnya, persoalan
akan ketenangan menghadapi keadaan yang genting seperti ketika Pak Lang berlawan dengan ular sawa itu. Sikap tenang ini amat ketara apabila seekor ular sawa telah melilit kaki Pak Lang. Biarpun dia mungkin takut akan serangan itu, dia tetap tenang dan menguatkan azamnya untuk menentang binatang liar yang memeluk seluruh betisnya dengan erat. Dia menyuruh isterinya memasang pelita atau lampu serta memberikan golok kepadanya agar mudah dia melihat dan membunuh haiwan itu. Dia
juga menyuruh isterinya mengurung Tumpuk supaya mudah untuk dia menetak ular itu. Bayangkan jikalau Pak Lang panik dan tidak dapatberfikirdenganbaik,tentuMakYah juga akan berasa takut dan ular sawa itu pasti dapat menggigit Pak Lang. Justeru, kejadian itu membenihkan kesedaran akan betapa pentingnya untuk kita bersikap tenang agar mudah untuk berfikir dan melakukan sesuatu ketika menghadapi cabaran. Pengajaran
bahawa kita harus bersikap tenang apabila menghadapi cabaran yang dipaparkan dalam perwatakan Pak Lang ketika berlawan dengan ular sawa itu menjadi perangsang untuk sesiapa pun. Orang desa dan orang kota tidak boleh gelisah atau bercelaru untuk menyelesaikan masalah dalam
kehidupan.
Keempat-empat persoalan itu hanyalah antara persoalan-persoalan yang terungkap dalam cerpen tersebut. Melalui persoalan-persoalan yang timbul seperti kekerdilan manusia dalam menghadapi cabaran iklim yang diberikan Tuhan, persekitaran yang mencabar tetapi memberi peluang pelajaran atau usaha, kasih sayang terhadap haiwan peliharaan yang melebihi kasih sayang terhadap suami dan juga sikap tenang menghadapi cabaran pasti akan menyalurkan pembaca kepada beberapa pengajaran yang penting dalam kehidupan. Pengajaran-pengajaran ini juga mematerikan kepentingan nilai kegigihan, ketabahan dan juga kasih sayang yang wajar dalam kehidupan. Karya Zaharah Nawawi ini adalah antara karya sastera yang dapat mendidik manusia melalui pengajaran-pengajaran yang tersirat dalam persoalan-persoalan
yang diketengahkan.
116