Page 119 - Tinta Aksara 2021
P. 119

 Laporan Sembang Sastera Bersama Wan Jumaiah, 2021
 Firas Hilman Bin Harizan (4/5) Sekolah Menengah Anderson
Sesi Sembang dengan sasterawan Puan Wan Jumaiah yang dihadiri oleh pelajar- pelajar Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) Anderson telah berlangsung pada 26 Julai 2021 di bilik Mobile Robotics, Sekolah Menengah Anderson. Sesi sembang ini diadakan dengan harapan untuk mendalamkan pemahaman pelajar-pelajar MLEP tentang cerpen ‘Sambal Goreng Mak’ oleh Puan Wan Jumaiah. Sesi sembang ini juga mengetengahkan cara untuk memulakan sebuah cerpen dan asal munculnya inspirasi untuk menghasilkan karya ini.
Puan Wan Jumaiah telah berkongsi cara- cara dia mencantumkan idea untuk menulis cerpen tersebut. Pertama, Puan Wan terangsang oleh sebuah karya bertajuk ‘Lemang Nan Sebatang’. Kedua, Puan Wan mengambil inspirasi daripada dapur emak dia tempat sebuah kuali kudung yang digunakan untuk menggoreng tempeh terletak. Kuali tersebut menjentik mindanya dan seakan-akan membisikkan sesuatu kepadanya. Ketiga, dia teringat signature dish, makanan khas yang disiapkan pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha,
iaitu sambal goreng yang selalunya dimasak oleh arwah ibunya. Terakhir dan terpenting, pada 19 Oktober 2013, Puan Wan Jumaiah telah mengikuti sebuah sesi perbincangan mengenai bahasa Melayu yang bertempat di Taman Warisan Melayu. Di sana, dia terdengar tanggapan seorang pelajar Melayu tentang Bahasa Ibunda. Dia berkata bahawa bahasa Melayu itu indah dan mudah tetapi tidaklah berapa berguna pada masa kini. Oleh sebab berasa kecewa, Puan Wan Jumaiah mematerikan inspirasinya untuk menghasilkan sebuah cerpen yang bertemakan bahasa dan budaya Melayu. Melalui karya itu, dia berharap agar bahasa dan budaya Melayu akan terus dipertahankan meskipun seseorang itu ingin mengejar kejayaan pada zaman ini.
Selepas itu, Cikgu Liza, guru sastera Melayu di Sekolah Menengah Anderson mengadakan sesi suai kenal para pelajar dengan Puan Wan Jumaiah melalui sebuah kuiz untuk pelajar- pelajar. Daripada situlah, pelajar-pelajar dapat berkenalan dengan Puan Wan Jumaiah dengan lebih lanjut tentang pendidikannya dan latar belakangnya. Dia merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah First Toa Payoh dan kemudiannya, melanjutkan pelajaran prauniversiti di Sekolah Menengah Bartley. Kami juga mengetahui bahawa dia telah mengarang cerpen ‘Sambal Goreng Mak’ dari awal 2013 hingga Oktober 2013 dan diterbitkan pada Disember 2013.
Puan Wan Jumaiah juga telah mengajar kami tentang kepentingan menyiapkan rancangan sebelum menulis sebuah cerpen. Dia telah menyarankan kepada kami cara- cara memulakan cerita, jumlah watak (sebaik- baiknya tiga atau empat watak kerana jikalau terlalu ramai watak, hanya akan mengelirukan pembaca) dan kewujudan aneka perwatakan
117



























































































   117   118   119   120   121