Page 121 - Tinta Aksara 2021
P. 121
Ulasan Cerpen: ‘Kudrat’
Syed Syakeel Bin Mohd. Daneil Alkaff (3/4) Sekolah Menengah Anderson
Cerpen ‘Kudrat’ oleh Maimunah Kemat merupakan sebuah karya yang unik dan menarik untuk dibaca. Terdapat beberapa isu-isu ketara yang dikemukakan dalam cerpen tersebut yang amat relevan pada mutakhir ini.
Tambahan pula, cerpen ini juga amat senang difahami dan watak-watak yang ada dalam cerita tersebut menyemarakkan unsur hiburan dalam cerita. Cerpen ini berkisah tentang Katak yang mempunyai keyakinan diri yang amat rendah. Dia berangan-angan ingin menjadi Sang Helang yang telah dikurniakan sayap untuk terbang dengan bebas meneroka alam. Malangnya, katak yang lemah ini dikhianati kawan sejatinya, Mengkarung, demi penakatan hidup. Katak terperangkap dalam sebuah lubang dan berkemungkinan menjadi mangsa Sang Ular. Akhirnya, Katak dapat menyelamatkan diri dari lubang dan berjaya membuktikan bahawa dia mempunyai kudrat atau kekuatannya yang tersendiri.
Penulis berjaya mengemukakan beberapa persoalan yang menarik dalam karya ‘Kudrat’ yang dihidupkan oleh watak-watak dalam
cerita tersebut. Persoalan pertama yang dilambangkan melalui watak Mengkarung ialah bahawa sesetengah orang sanggup mengkhianati dan bersikap pura-pura demi penakatan hidup mereka. Penulis bijak menunjukkan sifat-sifat Mengkarung yang licik dan kepura-puraannya terhadap Katak supaya dia sendiri tidak dimakan Sang Ular. Isu ini amat relevan pada dasawarsa ini kerana terdapat ramai orang yang sanggup mengkhianati dan mengorbankan kawan baik sendiri supaya berjaya dalam kehidupan yang penuh dengan persaingan.
Persoalan kedua yang dikemukakan watak Katak ialah sikap terlalu mempercayai orang lain sehingga diperdayakan. Katak mempunyai sifat yang lurus bendul dan senang diperdayakan dengan kata-kata Mengkarung sehingga akhirnya, Katak bersetuju untuk ke pesta rimba Sang Ular. Namun, malang tidak berbau dan dia akhirnya terperangkap dalam lubang. Isu ini amat relevan bagi masyarakat kini, terutama sekali golongan anak muda yang senang dipengaruhi dengan apa yang ada dalam wadah media sosial. Terdapat banyak perkara yang bukan-bukan, menyalahi undang-undang negara dan perkara haram yang terdedah kepada anak muda dalam media sosial. Mereka mungkin terpedaya dan terikut-ikut untuk melakukan perkara yang sama lalu terjerumus dalam gejala sosial. Saya berasa persoalan ini amat penting untuk kita kaji dengan lebih teliti dan mempelajari sesuatu daripada sikap Katak itu supaya kita tidak melakukan perkara yang sama.
Terdapat beberapa pengajaran juga yang dikemukakan dalam cerpen ini seperti kita seharusnya berwaspada sebelum melakukan sesuatu perkara. Katak yang terlalu mempercayai kata-kata Mengkarung akhirnya terperangkap dalam lubang. Akibat sikapnya itu, dia terjebak dalam kesulitan dan
119