Page 123 - Tinta Aksara 2021
P. 123
Diari Pengalaman Mengikuti Program MLEP
Muhammad Qairul Asher Bin Zulkifli (304) Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Acap kali soalan ini sering kali didengari. Siapa lagi yang hendak melestarikan bahasa sesuatu bangsa jika bukan bangsanya sendiri? Soalan inilah yang menjadi renungan saya semasa saya memilih untuk mengikuti bidang kesusasteraan Melayu menerusi program MLEP di Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang (BPGHS). Izinkan saya mengungkapkan pengalaman saya itu dari titik permulaannya.
Pada awal tahun 2021 sebelum menjejakkan kaki ke dalam kelas sastera, perasaan saya bercampur aduk; cukupkah kematangan pemikiran saya untuk mengupas makna yang tersirat di sebalik sebuah karya sastera? Sebelum itu, saya sudah terbiasa dengan format Bahasa Melayu Lanjutan. Namun, saya maklum bahawa matlamat mata pelajaran Kesusasteraan Melayu tidak sama dengan Bahasa Melayu Lanjutan. Hal ini merupakan satu cabaran yang akan saya hadapi apabila saya mengikuti kelas sastera. Pembelajaran Kesusasteraan Melayu
memerlukan kemahiran yang masih perlu saya bina dan asah.
Setakat ini, program MLEP lebih merupakan sebuah insentif kepada para pelajar yang mengikutinya. Program ini memberikan peluang keemasan kepada para pelajar untuk mempelajari sesuatu yang baharu, yang berbeza sedikit daripada cara pengajaran konvensional dan pembelajaran di dalam kelas Bahasa Melayu biasa. Sebagai seorang pelajar sastera, kami diajar untuk menghayati karya - karya yang dipelajari dan bukan sekadar menghafal tema atau isi kandungan sesebuah karya itu. Program ini bukan sahaja telah mengembangkan pengetahuan saya tentang kesusasteraan Melayu, bahkan mendedahkan saya kepada warisan budaya, nilai, pandangan hidup orang Melayu dan banyak lagi. Sememangnya, pembelajaran sasterabukanlahsesuatuyangmudahtetapi melalui program ini, para pelajar berupaya menimba pengalaman dan pengetahuan baharudisampingmenggilapbakatmereka dalam bidang kesusasteraan melalui bengkel- bengkel penulisan, drama dan pelbagai lagi. Yang lebih penting lagi, pembelajaran kesusasteraan Melayu mematangkan fikiran pelajar dengan adanya sesi perbincangan, perbahasan dan mengkritik sesebuah karya. Pelajar juga dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam kelas kepada kehidupan harian.
Contohnya, saya tidak meraih keputusan yang memuaskan dalam ujian kelas kedua bagi mata pelajaran Sastera. Saya berasa tercabar untuk mempertingkatkan prestasi saya. Maka, saya gigih belajar dan mengulang kaji apa yang telah dikupas secara tuntas di dalam kelas sastera. Nilai kegigihan untuk terus menimba ilmu pula membuat saya
121