Page 125 - Tinta Aksara 2021
P. 125
Esei Sastera: Cara-cara Memupuk Minat Anak Muda Terhadap Sastera
Muhd Syakir Mirza (304) Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Pada satu ketika dahulu, karya sastera sangat diminati oleh orang ramai. Hal ini disebabkan karya sastera menceritakan latar atau menyampaikan mesej tentang keadaan sesebuah masyarakat. Namun, pada masa kini, situasinya agak berlainan. Oleh sebab faktor- faktor seperti perkembangan teknologi, tidak ramai anak muda yang meminati atau mengetahui wujudnya bahan-bahan sastera. Perkembangan teknologi telah membuat ramai anak muda melekat pada skrin-skrin komputer dan bukan pada bahan-bahan bacaan. Keadaan ini berlaku kerana kini, lebih senang untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan masyarakat dari lelaman web, berbanding dengan bahan- bahan bacaan seperti buku-buku. Namun, di sebalik kenyataan tersebut, sebenarnya terdapat banyak cara untuk memupuk minat anak muda terhadap sastera.
Pihak sekolah harus mengambil langkah untuk memupuk minat anak muda terhadap sastera dengan sentiasa mendorong para pelajar untuk membaca buku-buku dan karya-karya dalam bahasa ibunda. Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah haruslah bermula dari sekolah rendah. Hal ini akan memastikan murid-murid yang lebih muda terdedah kepada karya-karya bahasa Melayu pada peringkat awal lagi bak kata pepatah ‘kalau ingin melentur buluh, biarlah dari rebungnya.’
Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengetepikan masa khusus untuk para pelajar membaca buku-buku bahasa ibunda pada setiap minggu. Langkah ini dapat memastikan para pelajar sekurang-kurangnya membaca karya-karya sastera Melayu di sekolah jika tidak di rumah memandangkan pelajar-pelajar sering memberikan alasan bahawa mereka mempunyai banyak tugasan sekolah.
Oleh sebab itu, masa membaca buku-buku bahasa ibunda yang diperuntukkan dalam waktu kurikulum amat penting. Di samping itu, guru-guru bolehlah memberikan tugasan mengulas karya-karya bahasa Melayu kepada para pelajar. Pada masa yang sama, guru-guru perlu mengambil langkah untuk menerangkan persoalan-persoalan yang ingin dikupas dalam karya-karya itu. Hal ini membolehkan para pelajar untuk lebih memahami serta menghayati karya-karya yang dibaca agar mereka boleh menghasilkan ulasan yang lebih mendalam dan bermakna; bukan setakat menyelesaikan tugasan yang
123