Page 124 - Tinta Aksara 2021
P. 124
teringat kembali kepada suatu persoalan dalam sebuah karya yang telah saya pelajari iaitu ‘Kepada Pohon Tak Bernama’. Bertitik tolak dari situ, saya terdorong untuk berusaha tanpa mengenal jemu walaupun dalam situasi yang mencabar. Selain itu, banyak perkara yang dapat dipelajari daripada puisi yang ditulis oleh Puan Rasiah Halil yang dapat diterapkan dalam kehidupan harian kita. Melalui pengalaman sebegini, program MLEP dapat memperkasa para pelajar. Ternyata, pembelajaran kesusasteraan Melayu dapat memberi pelajar pengajaran tentang nilai- nilai kemanusiaan, sudut pandangan yang berbeza-beza terhadap sesuatu isu yang wujud dalam masyarakat Melayu kita dan juga memberikan pendedahan kepada isu- isu yang berlaku di persada antarabangsa.
Pada usia yang mentah, ramai pelajar tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku
pelajar. Namun, para pelajar perlu sedar bahawa kejayaan akademik bukanlah segala- galanya. Untuk menjadi individu yang berjaya dan menjadi insan yang lebih baik, para pelajar perlu bangkit dan keluar dari kepompong masing-masing dan mengambil tahu tentang isu-isu kemasyarakatan dan kemanusiaan; bukan hanya bersembunyi di sebalik telefon bimbit atau buku teks mereka dan mendengar cakap-cakap orang atau menerima pendapat orang lain dengan begitu sahaja. Sebagai pelapis generasi akan datang, pelajar seperti saya perlu menyelongkar isu-isu yang berakar umbi dalam masyarakat agar dapat menanganinya bersama. Perkara inilah yang menjadi objektif program MLEP, iaitu untuk menghasilkan para pelajar yang berfikiran kritis, prihatin dan dapat menyumbang kepada kemaslahatan negara dan masyarakat.
di persekitaran mereka; mungkin tidak berbaloi bagi mereka untuk mengambil berat tentang perkara-perkara yang tidak menyumbang kepada pencapaian akademik atau membantu mencantikkan buku rekod
Secara keseluruhan saya benar-benar berterima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai program MLEP. Kini, saya berkesempatan untuk mendalami bahasa ibunda yang tercinta!
122