Page 122 - Tinta Aksara 2021
P. 122

               harus menanggung padah persis peribahasa tangan mencencang bahu memikul. Oleh sebab itu, kita seharusnya berhati-hati sebelum melakukan sesuatu perkara supaya tidak menghadapi atau mengalami sesuatu yang mungkin membahayakan diri sendiri. Bertitik tolak dari itu, teknik plot yang digunakan penulis juga berjaya meningkatkan unsur hiburan cerita. Sebagai contoh, teknik pemerian yang digunakan penulis, ‘lembayung senja membenam terangkak- rangkak di kaki langit’ berjaya memberikan gambaran kepada pembaca tentang keadaan atau suasana dalam cerita tersebut. Oleh sebab itulah, cerpen ini senang untuk difahami dan digambarkan.
Akhirul kalam, cerpen ini merupakan antara karya kegemaran saya. Saya juga d berpeluang untuk berlakon sebagai Sang Ular. Pengalaman itu amat menarik bagi saya kerana saya dapat mengkaji dan menghayati kandungan dalam cerpen ‘Kudrat’ dengan lebih terperinci dan betul-betul memahami mesej yang ingin disampaikan. Saya amat menggalakkan anda untuk membaca cerpen ini kerana jalan ceritanya yang tidak sahaja menarik dan menghiburkan malah berupaya menyedarkan kita akan nilai persahabatan dan penerimaan diri.
                   120
































































































   120   121   122   123   124