Page 120 - Tinta Aksara 2021
P. 120
118
(watak protagonis, antagonis). Selain itu, konflik dalam cerpen serta dialog-dialog tajam lagi berkesan dapat menyampaikan mesej serta pengajaran yang diinginkan. Saranan-saranannya membuat saya memikirkan semula watak Along dan Busu yang bertentangan dari segi perwatakan Mak yang boleh saya katakan seorang srikandi yang memperjuangkan bahasa dan budayaMelayu.Halinimembuatsayaterfikir bahawa anak-anak tidak semestinya memiliki pandangan yang serupa biarpun dididik dengan cara yang sama.
Selepas itu, bersama Puan Wan Jumaiah, kami membacakan beberapa dialog yang berkesan dalam cerpen tersebut. Dialog yang
menimbulkan konflik antara Mak dengan Busu, iaitu apabila Busu mempersoalkan gelaran dan nama diberikan oleh Mak kepadanya. Menunt Busu ketinggalan zaman. Amat jelas behawa terdapat jurang antara generasi muda dengan generasi tua. Melalui sesi ini, kami dapat mengetahui niat sebenar penulis dan juga mesej yang ingin disampaikan dengan menimbulkan persoalan. Tentu sekali pemilihan watak yang disokong dengan perwatakannya yang menimbulkan persoalan-persoalan bagi menyokong tema cerpen merupakan jalinan pemikiran pengkarya yang begitu teliti dan kompleks untuk menyedarkan masyarakat.
Sesi sembang ini benar-benar telah membuka minda saya kepada dunia sastera secara drastik kerana sasterawan benar- benar memikirkan dengan teliti cara untuk menyampaikan apa yang terbuku dalam hatinya.
Sesi ini tidak sahaja menyedarkan saya akan nilai kesusasteraan cerpen ‘Sambal Goreng Mak’ malah mengukuhkan kepercayaan saya akan kewujudan para cendekiawan sastera yang berusaha gigih untuk menyedarkan masyarakat akan isu-isu semasa.