Page 126 - Tinta Aksara 2021
P. 126

 diberikan guru. Dengan cara ini, para pelajar akan tertarik untuk mendekatkan diri mereka kepada karya-karya dalam bahasa Melayu.
Selain itu, acara-acara yang diadakan oleh pertubuhan-pertubuhan Melayu setempat dan pihak perpustakaan juga dapat memupuk minat anak muda
terhadap sastera.
Anak-anak muda
perlu didedahkan
kepada bahan sastera
menerusi acara-acara
yang menarik minat
mereka. Majlis Bahasa
Melayu Singapura
(MBMS) berpotensi membangkitkan minat
anak-anak muda terhadap
sastera. Antara matlamat
majlis ini adalah untuk
memupuk minat sastera
kepada anak-anak muda
menerusi pendedahan.
MBMS banyak menganjurkan
acara-acara kebahasaan dan kesusasteraan seperti Bulan
Bahasa untuk melestarikan
bahasa dan sastera Melayu.
Bulan Bahasa mampu mendedahkan dan mendekatkan pelbagai aspek bahasa misalnya, puisi-puisi Melayu kepada anak- anak muda. Selain Bulan Bahasa, Hadiah Terjemahan Sastera merupakan suatu pertandingan untuk menterjemahkan puisi- puisi dan cerpen bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris turut diadakan. Dengan menterjemahkan puisi-puisi bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, karya sastera Melayu mampu disebarluaskan kepada lebih ramai orang, termasuk anak-anak muda. Dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh pertubuhan tersebut, matlamat untuk memupuk minat anak muda terhadap sastera mampu dicapai.
Akhir sekali, ibu bapa juga berperanan penting untuk memupuk minat anak-anak mereka terhadap sastera. Pemupukan minat terhadap sastera dalam jiwa anak-anak perlu dilakukan sejak kecil. Ibu bapa bolehlah
membeli buku-buku bahasa Melayu untuk mendorong anak-anak mereka agar membaca buku tersebut dan mendedahkan mereka kepada karya-karya sastera Melayu yang tidak kurang hebatnya dengan sastera Inggeris. Dari kecil, anak-anak boleh mula menghayati dan memahami keindahan bahan-bahan sastera. Namun, ibu bapa perlu memastikan bahawa buku-buku yang dibelikan untuk anak-anak mereka sesuai dengan peringkat umur mereka. Jika tidak, anak-anak akan berasa bingung kerana ceritanya sukar untuk difahami. Hal ini akan membawa kesan yang bertentangan, iaitu mengurangkan minat bukan memupuk minat mereka. Bagi anak-anak kecil pula, ibu bapa boleh membacakan cerita-cerita sastera Melayu kepada mereka supaya mereka dapat mengetahui budaya masyarakat mereka
sendiri.
Terdapat banyak cara untuk memupuk minat sastera kepada anak-anak muda. Semua pihak ada peranan yang penting untuk menjadikan anak-anak muda lebih tertarik kepada bahan- bahan sastera. Kita semua harus ada minda yang terbuka untuk melestarikan karya-karya sastera dan memupuk minat anak-anak muda terhadap sastera.
 124








































































   124   125   126   127   128