Page 127 - Tinta Aksara 2021
P. 127
Laporan Penyerapan Maya EMAS dan MLEP 2021
Muhammad Qairul Asher Bin Zulkifli (302) Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Pada tanggal satu dan dua November lalu, pelajar EMAS Menengah Dua dan pelajar MLEP Menengah Tiga dari Singapura telah mengambil bahagian dalam program penyerapan maya bersama pelajar-pelajar dari Negara Brunei Darussalam.
Pada hari pertama, para pelajar diberikan peluang untuk menyertai aktiviti suai kenal melalui permainan ‘Dua Kebenaran dan Satu Kemusykilan’ yang dikendalikan oleh pelajar menengah tiga sebagai ketua kumpulan. Para pelajar dapat sedikit sebanyak mengenali satusama lain melalui aktiviti ini dan aktif berinteraksi sesama sendiri. Mereka juga bermain permainan ‘Kahoot’ yang menguji pengetahuan mereka mengenai Singapura sebagai persiapan menjelang perkongsian yang akan disampaikan kepada pelajar- pelajar Negara Brunei Darussalam pada hari kedua.
Aktiviti susulan pula merupakan bengkel penterjemahan. Para pelajar menengah
dua mengikuti bengkel yang dikendalikan oleh Cikgu Abdul Rahman Basrun manakala pelajar Menengah Tiga pula dibimbing oleh Cik Nur-el Huda Jaffar . Para pelajar menimba ilmu dalam dunia penterjemahan ini secara berkumpulan dan menghasilkan terjemahan bahasa Melayu daripada bahasa Inggeris secara literal dan juga dari segi makna dengan cara mereka tersendiri. Bahan-bahan yang digunakan bagi penterjemahan tersebut ialah iklan, poster dan juga liputan mengenai tempat-tempat tarikan di Singapura. Kami diajar tentang perbezaan antara kedua-dua gaya penterjemahan itu serta mengenal pasti cara penterjemahan yang lebih sesuai yang digunakan dalam kehidupan seharian. Sebagai penutup sesi pertama program penyerapan maya tersebut, para pelajar diberi taklimat oleh Cik Nur-el Huda Jaffar dan Cikgu Abdul Rahman Basrun tentang perbezaan antara bahasa Melayu yang digunakan di Singapura dengan di Negara Brunei Darussalam. Istilah-istilah baharu dalam bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam yang mempunyai maksud yang berlainan dalam bahasa ibunda kita turut dikongsikan oleh Cik Nur-el Huda.
Pada hari kedua, para pelajar Negara Brunei Darussalam dijemput untuk menyertai Program Penyerapan. Para pelajar Negara Brunei Darussalam dibahagi-bahagikan kepada kumpulan-kumpulan bersama para pelajar Singapura. Para pelajar Singapura dan Begara Brunei Darussalam menyertai aktiviti ‘Dua Kebenaran, Satu Kemusykilan’ untuk mengenali satu sama lain. Selepas itu, para pelajar Singapura dan Negara Brunei Darussalam berkongsi tentang tempat- tempat menarik di negara masing-masing. Sepanjang perkongsian itu, mereka diberikan peluang untuk bertanyakan soalan kepada
125