Page 129 - Tinta Aksara 2021
P. 129

 Ulasan Cerpen: ‘Tika Aksasa Menari’
  Nia Eryna Bte Nor Hakim (303) Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Watak-watak utama dalam cerpen ini ialah Syuaib, Abdul Shafri, dan Cikgu Liza. Cerpen ini mengisahkan Syuaib yang merupakan anak yang berkeperluan khas. Syuaib mengalami disleksia atau masalah membaca yang telah menjadi penghalang baginya untuk belajar seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Ayahnya, Abdul Shafri pula, sukar memahami situasi Syuaib, malah seringkali memarahi Syuaib dan sukar menerima kenyataan bahawa anaknya mempunyai keperluan khas. Sikap dan kelakuan ayahnya itu menjejaskan emosi dan keyakinan diri Syuaib. Berbeza daripada ayahnya, guru Syuaib, Cikgu Liza, telah menyokong dan mendidik Syuaib dengan penuh kesabaran sehingga Syuaib dapat memahami apa yang diajarkan oleh Cikgu Liza. Setelah berusaha dan bekerja keras, Syuaib akhirnya berjaya menjadi pelajar terbaik di Universiti Oxford dalam bidang genetik biokimia dan mendapat biasiswa bagi pengajian peringkat kedoktoran. Ayah Syuaib akhirnya sedar akan kesilapannya tentang cara dia mendidik dan melayani Syuaib selama ini.
Syuaib merupakan seseorang yang kuat berusaha - tidak mudah menyerah kalah atau berputus asa walaupun sering ditengking dan dihina oleh ayahnya sendiri. Abdul Shafri yang merupakan seorang yang pemarah dan tidak penyabar telah merumitkan lagi keadaan Syuaib yang amat memerlukan sokongan keluarga. Namun, Cikgu Liza yang berdedikasi dan peka akan keperluan muridnya itu telah memainkan peranan besar dalam kejayaan Syuaib.
Cerpen ini telah meningkatkan kesedaran saya tentang kehidupan mereka yang berkeperluan khas. Persoalan yang disampaikan ialah sikap ibu bapa yang kurang faham tentang ketidakupayaan anak mereka sehingga terus-menerus mengecam mereka dan juga penerimaan golongan khas oleh masyarakat. Sikap segolongan masyarakat yang memandang rendah dan kurang memahami akan situasi mereka yang mempunyai keperluan istimewa, tidak asing dalam masyarakat sekarang, bahkan isu ini masih diperlekeh oleh sebahagian besar masyarakat. Ramai orang zaman sekarang kurang berpengetahuan tentang keaadan kanak-kanak yang mengalami disleksia. Bukan itu sahaja, malah cerpen ini telah menyedarkan saya bahawa kadangkala hal ini juga boleh berlaku di rumah dan dalam kalangan keluarga terdekat kita tanpa diketahui. Tidak semua orang memahami dan sanggup menerima hakikat bahawa ahli keluarga mereka mempunyai keperluan istimewa.
Namun, itu tidak bermaksud bahawa mereka harus bersikap kasar dan membuat orang tersebut berasa bersalah dan tertekan atas sesuatu yang tidak boleh dilakukannya. Namun, terdapat juga segolongan masyarakat
127




























































































   127   128   129   130   131