Page 130 - Tinta Aksara 2021
P. 130

  128
yang lebih bertimbang rasa seperti Cikgu Liza. Cerpen ini menunjukkan bahawa sikap tidak putus asa pendidik mampu membantu pelajar mengatasi ketidakupayaan mereka. Dengan sikap sabar dan dedikasi seorang guru dalam membimbing golongan berkeperluan khas ini, kanak-kanak seperti Syuaib boleh berjaya dalam hidup mereka. Terdapat juga sesetengah orang yang percaya bahawa terdapat satu sahaja perspektif dalam hidup ini sehingga sukar menerima perspektif yang berbeza-beza. Contohnya, ayah Syuaib. Dalam cerpen ini, Syuaib telah dimarahi ayahnya kerana mewarnakan sekuntum mawar warna pelangi, kerana mawar ‘sepatutnya’ berwarna merah. Mawar merah yang melambangkan kecantikan dan harapan sudah terbiasa dilihat oleh masyarakat, sehingga ada yang sukar menerima perubahan yang telah dilambangkan oleh mawar pelangi.
Saya berasa bahawa kesedaran tentang situasi golongan seperti ini patut ditingkatkan, lebih-lebih lagi dalam kalangan ibu bapa. Pengetahuan yang sedikit menyebabkan ibu bapa tidak mengetahui ciri-ciri disleksia dan tidak pasti akan tindakan yang perlu diambil. Sekiranya anak mereka tidak dirujuk kepada pihak tertentu termasuk guru, pencapaian akademik anak tersebut
akan terus merundum. Secara umumnya, masyarakat harus tahu tentang kepayahan menjalani pembelajaran dan kehidupan dengan kondisi seperti disleksia. Lebih penting lagi, masyarakat perlu mengikis tanggapan dan salah faham bahawa disleksia merupakan sejenis penyakit dan tidak boleh dirawat. Dengan meningkatkan kesedaran masyarakat, orang ramai mungkin lebih menerima golongan tersebut. Kita sebagai anggota masyarakat juga memainkan peranan penting untuk membina masyarakat inklusif. Kita boleh melibatkan mereka dalam kehidupan bermasyarakat dan melayani mereka dengan penuh hormat seperti orang lain juga. Stereotaip yang menyatakan bahawa orang berkeperluan khas kurang pintar dan bersikap aneh juga harus dihapuskan kerana insan-insan istimewa seperti Syuaib telah membuktikan sebaliknya. Malah, mereka mungkin mempunyai semangat untuk berjaya yang lebih kuat berbanding kita. Disleksia bukan sejenis penyakit. Golongan orang disleksia ini hanya memerlukan pembelajaran dengan cara yang berbeza dan sokongan guru dan keluarga untuk membantu mereka berjaya seperti orang lain. Lantaran itu, perlulah kita bersikap lebih terbuka dan menerima golongan ini. Sebagai sebuah masyarakat yang inklusif, kita perlu terus berusaha untuk memahami dan menyokong































































































   128   129   130   131   132